Isnin, 29 September 2014

Queen Control


SEMENANJUNG : RM 29
SABAH / SARAWAK : RM 33

Teaser dari QC:

“Assalamualaikum... Hi! boleh berkenalan?” Tiryaq mengulum senyuman manisnya. Berkenalan? Mamat ini sewel agaknya. Tiba-tiba mahu berkenalan dengan dia. Tengoklah keadaan diri itu dulu. Pakaian pun selekeh. Seluar jeans pun koyak sana, koyak sini. Style macam penagih dadah. Tak kuasa dia mahu berkenalan dengan mamat ni? Buang karan!
Putri Tasnim tidak mempedulikan Tiryaq. Dia mengaturkan langkah. Dia tidak sukakan gangguan dari lelaki yang tidak dikenali seperti Tiryaq. Manusia sekarang lain di mulut lain niat di hati.
“Auwwwh!” Putri Tasnim menjerit kecilnya. Entah di mana silap langkahnya, tumit kasut setinggi dua inci itu patah. Putri Tasnim mengurut-ngurut pergelangan kakinya. Wajah ayu itu merona merah. Orang sekeliling memerhatikan dirinya. Tiryaq ketawa kecil. Dia menghampiri Putri Tasnim. Konon-konon ingin menghulurkan bantuan.
“I don’t need your help!” Getus Putri Tasnim. Dia merenung Tiryaq tajam.
“I didn’t say to help. I just want to see how you walk without shoes.” Balas Tiryaq.
Putri Tasnim mengetap bibir. Dia nak berjalan berkaki ayam? Minta maaf! Putri Tasnim membuka kasut tumit tinggi di kaki kirinya. Dia patahkan tumit pada kasutnya itu. Tindakannya buat Tiryaq tersengih panjang. Wanita itu sememangnya tidak mahu mengaku kalah. Dia berdiri menghadap muka Tiryaq dengan angkuh. Tiryaq kerling pada kasut Putri Tasnim yang sudah tiada tumit itu. Tawanya meletus. Nampak sangat kecacatan pada penampilan Putri Tasnim.
“Ha!Ha!Ha!Ha!” Tiryaq ketawa galak. Cemberut muka cantik Putri Tasnim. Tidak pernah ada orang yang ketawakan dia sedemikian rupa. Dia amati wajah kacak Tiryaq. Macam familiar saja. Tapi tak mungkinlah. Pelanduk dua serupa. Orang itu orang ternama. Educated! Masakan orang itu akan berada di tempat sebegini dengan pakaian yang selekeh macam mamat ni!
“Huh!” Putri Tasnim merengus kecil. Dia sekeh Tiryaq dengan beg tangannya. Tiryaq menggosok kepalanya. Sakit! Entah barang apa yang diisi dalam beg tangan wanita itu. Veelu membulatkan biji mata. Sungguh berani wanita itu memukul kepala Tuan Pengarah dengan beg tangan. Dia sudah mengepal penumbuk. Namun ditahan oleh Tiryaq dengan isyarat jelingan mata. Veelu berundur.
“Skirt you koyak sikit di belakang.” Bisiknya perlahan. Putri Tasnim tidak endah. Dia angkat kepala lalu melintasi Tiryaq dengan lenggok angkuhnya. Gedik semacam pula Veelu melihat lagak wanita itu. Ingat muka dia cantik sangat. Nenek dia lagi cun tau!
“Saya rasa nak cekik-cekik saja leher itu perempuan.” Gerutu Veelu. Tuan Pengarah asyik tersenyum simpul. Wanita itu menarik perhatiannya.
“I like her.” Suaranya. Veelu tercengang. Tuan Pengarah sukakan wanita angkuh tadi. Masakan Tuan Pengarah sudah jatuh cinta pandang pertama kot? Dia mengawangkan tangan pada muka Tuan Pengarah.
“Tuan Pengarah! Ramai perempuan yang lebih bagus dari itu perempuan sedang menanti Tuan Pengarah di luar sana. Anak Tan Sri, anak Datuk, anak VIP, anak tengku, anak raja… Pilih sahaja Tuan Pengarah berkenan yang mana.” Habis semua kaum kerabat disebut oleh Veelu.
“Kalau saya hendakkan nenek awak, macam mana pulak?” Soal Tiryaq.
“Ayoyo...Tuan Pengarah jangan buat lawak antarabangsa sama saya. Nenek saya sudah tualah.” Veelu mengaru-garukan kepala.
“Muka saya ada buat lawak antarabangsa ke?” Tiryaq memandang Veelu dengan wajah serius. Pengawal peribadinya itu menelan air liur.
“Well... macam mana? Awak rasa saya tidak layak menjadi datuk tiri awak ke?” Sambungnya lagi. Veelu terkedu. Datuk tiri? Tuan Pengarah mahu jadi datuk tiri dia. Huru-hara jadinya. Dia mula membayangkan wajah nenek dengan Tuan Pengarah. Oh Tidakkkk! Igauan mimpi ngeri! Dia lebih rela nenek menjadi balu sampai ke hembusan nafas terakhir dari berkahwin dengan lelaki seperti Tuan Pengarah.
“Tuan Pengarah... jangan rampas nenek saya. Saya amat sayang pada dia.” Veelu sudah buat mimik muka sedihnya.
“Saya belum gila lagi nak kahwin dengan nenek awak.” Tiryaq menepuk-nepuk lembut bahu Veelu. Veelu menarik nafas panjang. Lemah segala urat sendi dengan gurauan Tuan Pengarahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan