SEMENANJUNG : RM 26.90
SABAH / SARAWAK : RM 29.90
Novel Setitis Kasih Darmia mengisahkan perjalanan hidup Darmia,
seorang gadis kampung yang dibesarkan hanya dengan kasih sayang seorang
ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu dijemput Ilahi.
Darmia hampir menjadi mangsa kerakusan pakciknya sendiri lalu terjebak
dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak rela... Setelah lafaz ijab
kabul pada malam itu, bermulalah kehidupannya sebagai perempuan yang
sering di keji, dihina dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana
kesilapannya. Lelaki yang bergelar suami pula pergi meninggalkan Darmia
kerana berasa maruahnya tercalar. Mujurlah masih ada Opah dan sepupunya
Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia
melebihi kasih sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa.
Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tak pernah padam. Rahsia yang tersimpan tidak boleh dibongkarkan.
Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak disakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia jauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang akan terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Hasliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak Tsunami yang meranapkan bumi Aceh.
Kerana dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus dinanti...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan