Bertaut Kasih
SEMENANJUNG : RM 26
SABAH /SARAWAK :RM 29
DHIEYA ARISHA… Gadis yang hampir tercampak ke dalam neraka ciptaan
manusia berhati binatang. Namun qada' dan qadar Tuhan, dia diselamatkan
oleh seseorang. Namun tidak semudah itu perjalanan sebuah kehidupan.
Setiap pertolongan mengharapkan sebuah pembalasan. Tidak mudah lelaki
itu untuk melepaskannya. Tetapi itu bukan sebab utama. Ada sesuatu
yang istimewa menggugat naluri hati lelaki itu menyebabkan dia nekad.
Kerana budi yang ditabur lelaki itu, maruah dirinya masih terpelihara.
Tiada pilihan namun dia akur andai itu ketentuan Ilahi.
“Dhieya tak kisah macam mana abang nak buktikan cinta dan kasih sayang
abang pada Dhieya. Sebab... kasih Firdaus dan Dhieya sudah lama bertaut
di dalam hati ni… Hati kita… Firdaus... dan Dhieya...” - Dhieya
SYED FIRDAUS HAKIMI… Lelaki yang keliru dengan perasaan sendiri. Pada
pandang pertama, hatinya tercuit namun ego seorang lelaki mengatasi
segala-galanya. Dhieya Arisha diikat hanya demi kepentingan diri dan
nama. Namun keperibadian Dhieya Arisha telah mengikat hati Syed Firdaus
Hakimi untuk terus mendekati gadis itu. Setiap jalan menuju kebahagiaan
pasti akan ada jalan yang berliku.
“Lelaki ini tetap setia
menunggu suri hatinya, meredai isteri kesayangannya dan ingin dia
mengetahui yang dia tidak keseorangan, masih ada seorang lelaki ini yang
menantinya. Biar berjuta yang menghalang, biar beribu yang menduga
tetap takkan merubah hati dan perasaan abang, selamanya jika diizinkan
Tuhan.” - Firdaus
Bagaimanakah Dhieya Arisha menghadapi sikap
Puan Sri Sh. Faridah yang terlalu mementingkan darjat dan harta?
Bagaimanakah pula kehadiran Karinna yang menagih janji daripada Syed
Firdaus Hakimi? Bagaimana pula dengan Sh. Emilina, sepupu Syed Firdaus
Hakimi yang sudah lama mencintai lelaki itu dan juga merupakan calon
pilihan ibu Syed Firdaus Hakimi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan