Selasa, 30 September 2014

Muhasabah Cintaku
 Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26



MEMANG Haziq tak sangka yang dia akan bertemu lagi dengan Hajira, perempuan garang yang pernah menyerang sahabatnya, Syafiq di ofis itu dulu.
“Ops... Sorry, tak sengaja.”
“Awak ni kan… Memang sengaja nak langgar saya, kan? Saya tahulah saya ni handsome. Perempuan... memang macam tu la, nak dapatkan perhatian lelaki.”
“Eh, eh awak ni, saya dah minta maaf, kan? Awak handsome? Saya rasalah kan... kambing belakang rumah mak ngah saya lagi handsome kut. Dasar lelaki perasantan.”
Hajira juga mula kurang senang dengan Haziq. Asalnya dia bergaduh dengan Syafiq sahaja, tup-tup, Haziq juga masuk campur dengan tiba-tiba merenung dan menjeling dia tanda tak puas hati. Siapa yang tak sakit hati?
Atas niat jahat Syafiq yang berpaksikan dendam lama, rancangan rapi diatur. Dia mahu Hajira hidup sengsara bersama orang yang dia benci dan juga membencinya. Sasarannya… Haziq!
“Dia tu pantang sikit kalau jumpa orang kaya ni, lebih kurang macam perempuan pisau cukur.”– Syafiq
Kerana fitnah, dua manusia yang saling tidak menyukai itu disatukan. Maruah Hajira rabak saat tiada siapa pun mempercayainya. Haziq yang sedia diracuni dengan kata-kata Syafiq, langsung tidak memberi ruang kepada hatinya untuk mencintai Hajira. Otaknya seperti telah diprogram, Hajira hanya inginkan hartanya. Namun hatinya berkata… “Kalau Hajira tak seburuk yang disangkakan, pasti aku akan mencintainya sepenuh hati.”
Bagi Hajira pula, dia telah berjanji kepada diri yang dia akan cuba belajar mencintai Haziq walau tidak dihargai oleh Haziq. Dia mahu menjadi isteri yang solehah... Menjaga maruah agama.
Begitu nekadnya dia, namun akhirnya sabarnya yang menggunung, kasih yang tulus buat Haziq terpaksa dipendamkan apabila Maisarah, bekas tunang Haziq muncul…
“Hajira... Saya sanggup bermadu dengan awak. Saya betul-betul sayangkan Haziq. - Maisarah
Rupa-rupanya, dialah punca hubungan Haziq dan Maisarah terkubur. Maisarah dengan rela hati memohon menjadi isteri kedua. Lalu … Saat fitnah itu terungkai, Hajira telah pergi dan tiada siapa tahu di mana dia berada. Saat itu barulah Haziq mengetahui bahawa Hajira ialah pengasas kepada Vila Kasih dan Teratak Kasih. Mana mungkin insan semulia itu ingin mengikis hartanya.
Mungkinkah hati merindui Dia saat hati hampa dan kecewa? Ke manakah Hajira bermuhasabah cintanya kepada Ilahi?


 
SEMENANJUNG :RM 38.90
SABAH /SARAWAK :RM 41.90
 
SINOPSIS
Ellani dan Ellana, kembar seiras yg tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat2 muka kau dengan berus dawai! Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!
Zarul Zahran lelaki tampan yg berkerjaya sebagai seoang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya, Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yg hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Namun, demi kebahagiaan seorang yg telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.
Dendam yg berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani.Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani di seksa. Jiwanya merana.
"Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!
Hebat lelaki ini! Hanya melalu SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.
"Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah!. Kuatkan imanku menghadapi dugaan Mu ini! Raungnya.
Ellani..cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yg dijerit dalam hatinya.
 Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Semenanjung : RM27
Sabah/Sarawak : RM30
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga  segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

MUTIARA HATIKU RAFFLESIA

 SEMENANJUNG :RM 24
SABAH /SARAWAK :RM 27

Hidup ini satu kembara di lautan yang luas buat Anis Sophea. Untuk mencapai impian, harus menyelam hingga ke dasarnya. Anis yang cantik, hidupnya biasa-biasa. Tapi, tiba-tiba berubah menjadi luar biasa apabila ditemukan dengan Haris Ilham, si ‘putera raja’ yang kacak dan kaya raya. Bersama Haris, hidupnya seolah berada di dalam sebuah kisah dongeng. Dikelilingi kemewahan dan keindahan. Tapi, dia takut untuk mempertaruhkan hatinya. “I memang suka you.” Tulus ucapan Haris. “Tapi I tak suka you.” Anis senyum manis. “I ada magis yang boleh buat rasa tak suka tu bertukar jadi suka.” Mata dikenyit nakal Layanan dan sikap Haris buat hatinya sedikit terusik. Namun, tidak semua yang kita harapkan boleh menjadi kenyataan. Haris sudah punya bakal tunang pilihan keluarganya. Tidak mahu menjadi perampas, Anis gunakan Ikmal Reza, model kacak untuk mengumpan amarah Haris. Tetapi sikap suka mendesak dan memaksa Ikmal buat Anis rimas. Ketika ingin lari daripada Ikmal, muncul Andrian sebagai penyelamat. Tapi, seorang Haris tidak pernah berputus asa. ‘Best Man Win’, itu kata hatinya. Selagi Anis belum menjadi milik siapa-siapa, dia masih ada peluang. Cuma, siapa pula Zarul Hisyam yang tiba-tiba muncul di dalam hidup Anis Sophea? Mampukah Haris bersaing dalam memenangi hati Anis Sophea? Dan... dapatkah Anis menemui mutiara hatinya sepanjang pengembaraannya itu?

Isnin, 29 September 2014

*BELIAN 2 - 4 NOVEL DISC 10% +++ FREE POSTAGE
*BELIAN 5 - 10 NOVEL DISC 15% +++ FREE POSTAGE
*BELIAN 11 NOVEL KEATAS DISC 20% +++ FREE POSTAGE


Dia... Cinta Yang Kucari
Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.
“Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut. Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH
Rindu Awak 200%
SEMENANJUNG : RM 23
SABAH / SARAWAK : RM 26



Sinopsis
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
 
Queen Control


SEMENANJUNG : RM 29
SABAH / SARAWAK : RM 33

Teaser dari QC:

“Assalamualaikum... Hi! boleh berkenalan?” Tiryaq mengulum senyuman manisnya. Berkenalan? Mamat ini sewel agaknya. Tiba-tiba mahu berkenalan dengan dia. Tengoklah keadaan diri itu dulu. Pakaian pun selekeh. Seluar jeans pun koyak sana, koyak sini. Style macam penagih dadah. Tak kuasa dia mahu berkenalan dengan mamat ni? Buang karan!
Putri Tasnim tidak mempedulikan Tiryaq. Dia mengaturkan langkah. Dia tidak sukakan gangguan dari lelaki yang tidak dikenali seperti Tiryaq. Manusia sekarang lain di mulut lain niat di hati.
“Auwwwh!” Putri Tasnim menjerit kecilnya. Entah di mana silap langkahnya, tumit kasut setinggi dua inci itu patah. Putri Tasnim mengurut-ngurut pergelangan kakinya. Wajah ayu itu merona merah. Orang sekeliling memerhatikan dirinya. Tiryaq ketawa kecil. Dia menghampiri Putri Tasnim. Konon-konon ingin menghulurkan bantuan.
“I don’t need your help!” Getus Putri Tasnim. Dia merenung Tiryaq tajam.
“I didn’t say to help. I just want to see how you walk without shoes.” Balas Tiryaq.
Putri Tasnim mengetap bibir. Dia nak berjalan berkaki ayam? Minta maaf! Putri Tasnim membuka kasut tumit tinggi di kaki kirinya. Dia patahkan tumit pada kasutnya itu. Tindakannya buat Tiryaq tersengih panjang. Wanita itu sememangnya tidak mahu mengaku kalah. Dia berdiri menghadap muka Tiryaq dengan angkuh. Tiryaq kerling pada kasut Putri Tasnim yang sudah tiada tumit itu. Tawanya meletus. Nampak sangat kecacatan pada penampilan Putri Tasnim.
“Ha!Ha!Ha!Ha!” Tiryaq ketawa galak. Cemberut muka cantik Putri Tasnim. Tidak pernah ada orang yang ketawakan dia sedemikian rupa. Dia amati wajah kacak Tiryaq. Macam familiar saja. Tapi tak mungkinlah. Pelanduk dua serupa. Orang itu orang ternama. Educated! Masakan orang itu akan berada di tempat sebegini dengan pakaian yang selekeh macam mamat ni!
“Huh!” Putri Tasnim merengus kecil. Dia sekeh Tiryaq dengan beg tangannya. Tiryaq menggosok kepalanya. Sakit! Entah barang apa yang diisi dalam beg tangan wanita itu. Veelu membulatkan biji mata. Sungguh berani wanita itu memukul kepala Tuan Pengarah dengan beg tangan. Dia sudah mengepal penumbuk. Namun ditahan oleh Tiryaq dengan isyarat jelingan mata. Veelu berundur.
“Skirt you koyak sikit di belakang.” Bisiknya perlahan. Putri Tasnim tidak endah. Dia angkat kepala lalu melintasi Tiryaq dengan lenggok angkuhnya. Gedik semacam pula Veelu melihat lagak wanita itu. Ingat muka dia cantik sangat. Nenek dia lagi cun tau!
“Saya rasa nak cekik-cekik saja leher itu perempuan.” Gerutu Veelu. Tuan Pengarah asyik tersenyum simpul. Wanita itu menarik perhatiannya.
“I like her.” Suaranya. Veelu tercengang. Tuan Pengarah sukakan wanita angkuh tadi. Masakan Tuan Pengarah sudah jatuh cinta pandang pertama kot? Dia mengawangkan tangan pada muka Tuan Pengarah.
“Tuan Pengarah! Ramai perempuan yang lebih bagus dari itu perempuan sedang menanti Tuan Pengarah di luar sana. Anak Tan Sri, anak Datuk, anak VIP, anak tengku, anak raja… Pilih sahaja Tuan Pengarah berkenan yang mana.” Habis semua kaum kerabat disebut oleh Veelu.
“Kalau saya hendakkan nenek awak, macam mana pulak?” Soal Tiryaq.
“Ayoyo...Tuan Pengarah jangan buat lawak antarabangsa sama saya. Nenek saya sudah tualah.” Veelu mengaru-garukan kepala.
“Muka saya ada buat lawak antarabangsa ke?” Tiryaq memandang Veelu dengan wajah serius. Pengawal peribadinya itu menelan air liur.
“Well... macam mana? Awak rasa saya tidak layak menjadi datuk tiri awak ke?” Sambungnya lagi. Veelu terkedu. Datuk tiri? Tuan Pengarah mahu jadi datuk tiri dia. Huru-hara jadinya. Dia mula membayangkan wajah nenek dengan Tuan Pengarah. Oh Tidakkkk! Igauan mimpi ngeri! Dia lebih rela nenek menjadi balu sampai ke hembusan nafas terakhir dari berkahwin dengan lelaki seperti Tuan Pengarah.
“Tuan Pengarah... jangan rampas nenek saya. Saya amat sayang pada dia.” Veelu sudah buat mimik muka sedihnya.
“Saya belum gila lagi nak kahwin dengan nenek awak.” Tiryaq menepuk-nepuk lembut bahu Veelu. Veelu menarik nafas panjang. Lemah segala urat sendi dengan gurauan Tuan Pengarahnya.
Bila Hati Berbicara

SEMENANJUNG : RM 18.90

SABAH / SARAWAK : RM 21.90
 
Sinopsis
EMIR Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia.

Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.
 
DUP! DAP! JANTUNGKU BERHENTI


SEMENANJUNG : RM 23
SABAH / SARAWAK : RM 26

“Aku hanya mahukan seorang putera raja yang bisa membuatkan dunia ini berhenti berputar, jarum masa berhenti sesaat, jantung berhenti berdegup kemudian semuanya bergerak pantas. Dup! Dap! Dup! Dap!”

Tiada siapa yang akan faham dengan impian Audra Laily ini. Semua orang menyatakan impiannya itu hanya satu angan-angan kosong. Memang Audra suka berangan, tetapi dia pasti angan-angannya itu adalah satu impian yang pasti. Pertemuan kali pertamanya dengan Zack membuatkan Audra membenci lelaki itu. Tanpa mereka mengenali antara satu sama lain, lelaki itu sudah mula memperlekeh impiannya.

“Tuan puteri sedang menunggu putera raja mana untuk datang ambil tuan puteri?”- Zack.

Itulah ayat pertama yang diucapkan Zack pada pertemuan pertama mereka. Ayat yang penuh dengan sindiran itu menyebabkan jantung Audra semakin berlari dengan laju walaupun pada hakikatnya lelaki itu hampir sahaja membuatkan dunianya berhenti berputar dan jantungnya berhenti berdegup. Pertemuan itu berakhir apabila Audra bertindak menanduk hidung Zack dengan kepalanya. Lantas terus melarikan diri. Namun, diari miliknya telah tertinggal di situ.

Melalui diari itu, Zack mula menjejaki siapa diri Audra yang sebenar. Semakin mengenali Audra, semakin hatinya tertaut.

“Kenapa awak pandang saya macam tu, Cik Audra? Apa saya dah buat jantung awak berhenti berdegup? Kemudian, berdegup dengan laju. Dup! Dap! Dup! Dap!”

Angan Audra untuk bertemu dengan seorang putera raja yang bisa membuatkan jantungnya, dunianya, berhenti seketika kemudian bergerak dengan pantas telah menjadi kenyataan. Sayangnya, lamaran yang dibawa oleh Zack untuk menyunting dirinya sebagai ratu hati datang daripada Syed Zikri dan bukan Zack sendiri. Kenapa saat hatinya sudah terpaut kepada Zack, hadir Syed Zikri menjadi penghalang? Namun, kenapa Syed Zikri tidak pernah berani menyuarakan isi hati sendiri, hanya menggunakan bayang Zack? Siapa Zack? Siapa Syed Zikri?
Dialah Cinta Hatiku


SEMENANJUNG : RM 27
SABAH / SARAWAK : RM 30

Sinopsis
Bagi Julianna Isabelle, cinta hanya sekali. Sudah enam tahun dia bersama Rizan. Namun apa yang dirasa; Rizan bukan lelaki yang mengganggu mimpinya. Rizan juga bukan lelaki yang dia rindui. Nanar gelisahnya juga bukan kerana lelaki itu. Tapi siapa? Ada satu nama yang terukir di sudut hatinya. Megat Iskandar Zulkarnain! Akhirnya lelaki itu pulang membuka hijab cinta Julianna. Lebih tulus, lebih suci dan sangat bermakna buat mereka. Sayangnya, Megat adalah abang Rizan dan Julianna pula bakal ditunangkan dengan Rizan. Mana mungkin seorang abang sanggup merampas bakal adik iparnya sendiri? Megat nekad. Enam tahun yang dipersiakan harus ditebus semula. Julianna juga tekad. Dia redha menerima lafaz ijab kabul Megat biarpun ada hati yang terluka. Namun, perkahwinan yang baru berusia seminggu dihempas badai. Megat ada perempuan lain! Hanya air mata yang menceritakan seksa dan derita yang memamah sekujur tubuhnya.
 

L.U.T.H (Lamaran Untuk Teman Hati)

SEMENANJUNG : RM 24
SABAH / SARAWAK : RM 27

Sinopsis :

Tinggal sebumbung dengan Tengku Luth Daniel a.k.a jejaka Idaman Malaya? Itu kejutan yang Uzma Haseena@Uma terpaksa terima demi mencari duit poket sementara cuti semester dan juga demi sahabatnya, Tengku Hasya.

Kali pertama melihat Uma, Luth tak rasa apa-apa. Hari-hari jumpa, di rumah dan pejabat, hatinya mula tergoda dan dia mula jalankan misi menggoda.

“Uma... please don’t call me Tengku anymore.” - Luth

“Panggil Tengku lagi romantik...” - Uzma

“Hah? Kalau nak romantik baik panggil I, sayang. Lagi I suka!” - Luth

Bila Uzma dah mula suka, ada pula halangannya. Bonda tersayang dah ada pilihan sendiri untuk si anak. Pilihan yang mereka berdua ada, hanya kahwin secara sembunyi.

“Luthhhh...”

“Yes... I love you too, sayang...”

“No!!! I’m not telling you that lah... Hish!”

“Eh bukan ye?”

Luth memang nakal, tapi dia tahu kawal diri. Luth memang anak emak, tapi dia ada pendirian sendiri. Luth memang keras hati, tapi dia sweet dengan caranya tersendiri.

“Just stay with me. Whatever happens, I will always be with you, sayang!” – Luth

“Hmm... saya cuma ada masa sebulan je lagi nak bersama dengan awak, Luth.” – Uzma

Kenapa sebulan? Kenapa tidak selamanya? Apa sebenarnya yang terjadi pada perkahwinan mereka? Ikuti L.U.T.H untuk mengetahui kisahnya.

Bukan Cinta Secondhand

SEMENANJUNG : RM 33
SABAH / SARAWAK : RM 36

“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can’t turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.

NAIRA ILYANI - Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.

Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.
“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempura. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZ
Bintang Hati Saya


SEMENANJUNG : RM 18.50
SABAH / SARAWAK : RM 20.50

Hakimi Adam Song, pelajar kolej yang hobinya mencerap langit. Nampak tenang, suka tersenyum, bijak.

Adriyana, pelajar kolej yang easy-going dan selalu blur. Mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Pensyarah sudah mengamuk. Untuk menamatkan pengajian, Adriyana perlu belajar di bawah seorang tutor, Hakimi. Pesan BFF-nya, Rita Rudani dan Rafiq, jangan dekati lelaki itu.

Hakimi adalah raksasa!

Perlahan-lahan Adriyana berubah. Dia dipaksa menyertai Kelab Pemerhati Bintang Amatur yang presidennya adalah Hakimi. Pelajarannya juga semakin baik. Adriyana tidak nampak di mana ‘raksasa’nya Hakimi itu.

Sehinggalah kemunculan Teelofa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Hamiki Adam Song tiba-tiba hilang.

Enam tahun kemudian, Adriyana menerima poskad mister. Sepertinya Hakimi muncul kembali. Dan bersama-sama harapan untuk menemui Hakimi semula, nyawa Adriyana pula terancam. Ada orang mahu membunuhnya. Misteri zaman kolej mula terungkap. Siapa sebenarnya Hakimi, dan ke mana dia menghilang selama ini?

“Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja ia hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya di langit.”


Cinta Bukan Larangan

SEMENANJUNG : RM 32.90
SABAH / SARAWAK : RM 35.90

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dian Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama-sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?

Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


The Lost World

SEMENANJUNG : RM 28
SABAH / SARAWAK : RM 31

Sinopsis

Siapa sangka, percutian para pelajar Universiti Tun Dr. Mahathir ke Langkawi untuk menyiapkan assignment dirundung malang besar. Pesawat Boeing 777-300ER, penerbangan MH707 yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri.

Afiq Zaki, Tengku Nizariff dan Ummu Habibah, tiga orang sahabat baik antara penumpang pesawat itu. Siapa sangka, pulau itu menyimpan seribu misteri yang menanti untuk dibongkarkan mereka yang terselamat daripada nahas besar itu. Entah kenapa juga, tiada satu pun pesawat penyelamat yang tiba untuk menyelamatkan mereka daripada kegilaan ini. Akhirnya memaksa mereka untuk meneroka dan menggunakan segala kemahiran ikhtiar hidup untuk kekal hidup.

Di setiap inci pulau misteri itu, makhluk dari zaman prasejarah menanti mereka. Mampukah mereka keluar dari situ hidup-hidup? Siapakah yang akan terkorban nanti dalam menempuhi cabaran sebesar itu? Siapa pula yang akan mengorbankan diri demi menyelamatkan insan yang disayangi?


KASANOVA MACAM DIA!

SEMENANJUNG : RM 29
SABAH / SARAWAK : RM 32

Sinopsis:-

Putri terpaksa hidup tanpa ayah, ibu mahupun adik-beradik kerana satu rahsia. Dia hampir hilang pedoman. Zahiril memandang rendah terhadap diri sendiri kerana satu kekurangan dalam dirinya. Kerana kekurangan itu dia menjadi seorang kasanova tegar!

Pertemuannya dengan Putri telah membangkitkan satu rasa yang telah lama terkubur dalam jiwanya. Daripada seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan, dia menjadi pendamping setia. Gadis itu terus diburunya. Putri lemas sejak kehadiran Zahiril dalam hidupnya. Sudah puas dia mengelak. Bermacam cara telah dilakukan. Tetapi pemuda itu semakin galak mengejar dirinya.

Apakah patut dia menerima pemuda itu sebagai jodohnya? Tapi bagaimana dengan Engku Mariah? Keadaan semakin meruncing dengan kemunculan Syaerah. Siapa Syaerah? Apa kaitannya dengan Zahiril dan Putri?

“Aku keliru! Apa perasaan yang menyesakkan dada ni? Ada yang kata ini cinta. Cinta?! Macam mengarut aje?”

Benci Amat, Sayang Sangat!

HARGA SEMENANJUNG: RM24
HARGA SABAH/SARAWAK: RM27

Hidup Amna Safiya berubah tatkala seorang lelaki yang membantunya ketika keretanya rosak di tepi jalan tiba-tiba menghantar rombongan meminang dirinya di tempat kerja. Erk? Di pejabat, okey! Apa, dia ingat bos boleh jadi wali ke?

“Kenapa awak masuk meminang saya di ofis? Apa, awak dah terdesak sangat nak berbini ke atau saya ni terlalu cun hingga menarik perhatian awak?”- AMNA SAFIYA

“Saya masuk meminang awak sebab saya kesian... Dalam hati saya terfikir... Siapalah yang nakkan perempuan yang pemarah, selekeh dan tak cantik macam awak ni?” - REDZA KHUSYAIRI.

Dalam pada masa yang sama, seorang jejaka turut memuja Amna dalam diam. Dia yang trauma kerana pernah ditolak dulu berharap agar Amna akan memahami lenggok bahasa jiwanya.

“Pernah tak awak terfikir, apa yang saya lakukan itu cinta? Pernah tak awak sedari, setiap bicara saya itu bernada rindu?”- AMIRUL AHFAN.

Kisah hidup Amna semakin kronik apabila munculnya Dayang, bekas tunang Redza bersama satu konspirasi.

“Redza paling benci kalau perempuan tu tak sopan. Tak senonoh! Jadi kau kena berlakon menjadi perempuan tak senonoh di hadapan Redza untuk membuatkan Redza bencikan kau... Lepas tu Redza akan kembali ke pangkuan aku!” - DAYANG

Bermula dari itu, bermacam-macam strategi yang Amna jalankan untuk membuatkan Redza mengalah mendapatkan dirinya dan dalam masa yang sama, dia cuba mengumpan hati Amirul Ahfan. Tapi lain yang dirancang, lain yang jadi. Mengada-ada Si Redza makin menjadi-jadi!

Sampai satu tahap, perasaan Redza sendiri gawat, hati dah mula sarat. Jiwa pula berkarat menghadap kerenah Amna. Tapi dia tidak boleh mengaku kalah.

“Bila awak nak putus asa?” - AMNA SAFIYA.

“Nama awak dah jadi nada dalam denyut nadi saya... Lagipun cinta saya tak ada reverse gear!” - REDZA KHUSYAIRI.

Orang dulu-dulu cakap, jangan benci seseorang amat sangat! Nanti terjatuh sayang. Jangan pula sayang seseorang amat sangat! Nanti terjatuh benci. Tapi... relevan lagi ke slogan kata orang dulu-dulu pada zaman dawai besi ni?


Seteguh Fayqa

HARGA SEMENANJUNG: RM29
HARGA SABAH/SARAWAK: RM32

FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan keluarganya sendiri.

Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.



“Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” - DZARIFF

“Sorry. Mulut awak tak ada insurans.” - FAYQA



Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap­­ tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda.



“Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak, awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?” - FAYQA



“Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga pula dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. Faye nampak tak negativity breeds more negativity.” - DZARIFF



Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai bersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimpanya, dia sedar dia perlu bertindak. Berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk mengelakkan sebuah kehancuran.



Apabila orang tua berikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh mana Fayqa dapat bertahan?

BAHASA HATI KITA

HARGA SEMENANJUNG: RM26
HARGA SABAH/SARAWAK: RM29

Satu ketentuan bila Qalam Azad a.k.a Que yang sinis dipertemukan dengan Dian Jehanna Puteri a.k.a Jed yang bengis. Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Biar dielak, biar ditolak, tetap juga terjadi. “Kalau kau rasa aku nak layan kau macam puteri kat sini, silaplah. Boleh cari orang lain.” - Que. “Aku tak susahkan orang lain. Aku susahkan diri sendiri. Kau apa kisah?” – Jed Jed yang tersasar. Jed yang memberontak kerana marahkan orang tua. Hadirnya seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi untuk melayakkan diri sebagai isteri di sisi lelaki sehebat Que. Tapi..rasa seperti dia tak mampu. “Kau memang benci aku, kan?” tanya Jed pada Que. “Aku tak cakap aku benci...” “Tapi, kau tak suka aku,” cantas Jed. “Pun aku tak cakap aku tak suka...” Que renung Jed dua saat. “Kalau tak suka, aku tak luang masa dengan kau, aku tak dukung kau, bawak pergi hospital, siap tunggu lagi. Tak jadi orang bodoh kejar kau sampai ke Sungai Tua sana, bawak kau makan, bungkuskan nasi, nasihatkan kau...” Hati mereka mula berbicara. Bahasa sunyi itu hanya mereka saja yang mengerti. Bagi Que, tugasnya mendidik Jed menjadi seorang puteri akan berakhir bila wanita itu menjadi isteri. Tapi... ianya tidak semudah yang diinginkan. “Jauh lagi aku kena jalan untuk sampai tahap tu...” - Jed “Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi...” - Que. Mampukah seorang Qalam Azad membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi sri kandi besi yang sentiasa teguh berdiri di sisi suami? Bahasa hati mereka ada jawapannya.


AKU BUKAN TOUCH & GO

HARGA SEMENANJUNG: RM25
HARGA SABAH/SARAWAK: RM28

Bila ibunya keluarkan arahan ala-ala askar jepun mahu bertemu bakal menantu, Zarin Sofea jadi buntu. Bukan sebab dia tak ada calon tetapi Ikmal, si kekasih hatinya banyak sangat alasan. Terdesak, Zarin tiada pilihan selain memujuk Nasrin, tuan punya butik tempat dia bekerja untuk menjadi pelakon. “Nas, takkan kau nak biarkan model kesayangan kau ni dalam kesusahan. Kesianlah kat aku.” - Zarin “Amboi! Bukan main lembut lagi suara kau bila nak minta tolong. Tak kuasalah aku nak jadi pak sanggup!” - Nasrin “Helo, kau tau tak makna pak sanggup? Cakap tu agak-agak sikit ya.” – Zarin Nasrin yang lembut tapi hatinya memang lelaki sejati. Pujukan Zarin buat dia lembut hati. Tapi alasan sebenarnya, dia memang sukakan Zarin. Masalah timbul apabila lakonan harus berpanjangan sehingga ke alam perkahwinan. Syarat Zarin, mereka hanya kahwin sementara. Bila Ikmal dah bersedia, Nasrin harus lepaskan dia. Tapi bagi Nasrin, lain pula ceritanya. Dia sanggup berubah demi Zarin. \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\"Sejak bila pula dah pandai pergi gym ni Nas?\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\" - Lily \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\"Sejak aku tahu yang Zarin suka orang badan ketak-ketak.\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\" - Nasrin Mampukah Nasrin yang digelar Nata de Cocoa oleh Zarin berubah menjadi lelaki sejati dan sekaligus menggoyah hati seorang isteri tatkala mereka tinggal sebumbung? Atau.... dia harus melepaskan Zarin Sofea ke tangan Ikmal bila sampai waktunya nanti?


KALAU SAYANG KATALAH SAYANG

HARGA SEMENANJUNG: RM24
HARGA SABAH/SARAWAK: RM27

Lelaki yang bernama Abang Joey itu memang Malia tak suka. Kaki buli dan selalu buat perangai tak serupa orang. Kalau tak ikut cakap dia, menjerit macam tarzan. “Abang kira sampai tiga. Kalau tidak abang angkat.” Kan dah cakap. Benci! Dari zaman universiti, Malia memang dah jatuh cinta dengan Zakuan. Dan dia berharap lelaki itu juga turut menyintainya. Tapi, luluh hatinya bila tiba-tiba Zakuan memilih rakan mereka, Anna sebagai teman hidup. Ketika Malia dilanda kecewa, Abang Joey yang dia tak suka itulah datang sebagai hero menghulur tangan. Dan... Malia nekad terima Abang Joey walau tanpa cinta di hati. Pun begitu, saat cinta mula membenih, ada rahsia yang terbongkar. Abang Joey dikatakan penyebab kenapa Zakuan memilih Anna. Benarkah begitu? Jika benar, apakah Malia sanggup berpaling meninggalkan Abang Joey untuk Zakuan? “Lia ni perempuan bang. Perempuan jarang yang buat perangai.” “Sebab jarang tu lah abang takut. Takut abang yang terpilih untuk dapat isteri curang.” Makan dalam juga kata-kata tu. Jadi, aku putuskan untuk tutup mulut saja.


PENCURI HATI VS PENEMBAK CINTA

HARGA SEMENANJUNG: RM30
HARGA SABAH/SARAWAK: RM33

Sinopsis:

I want a girl with a short skirt,

And long... long jacket...

Kenapa Gun kata lirik lagu ni memang kena dengan Maira? Ah… Bagi Maira, Gun ni hanya tahu menembak saja. Menembak dengan kata-kata yang menyakitkan, menembak dengan pandangan mata… dan mampu juga menembak hingga menusuk ke dalam hati Maira sehingga Maira dapat rasakan… sesuatu!

“Kau pernah pakai tudung tak? Umi cakap, rambut perempuan tu aurat. Kenapa kau tak pakai? You must look so beautiful when you wear the scarf. I can imagine that. Mesti kau nampak cute gila kan?”

Maira semakin gelisah apabila ada satu rasa yang dia sendiri tidak pasti apabila bersama dengan Gun, lelaki yang dulunya dia gelarkan sebagai mr. naughty. Tapi bagaimana dengan tunangnya, Fatah? Mr. handsome yang selama ini Maira rasakan paling handsome, paling romantik dan mempunyai senyuman yang paling menawan itu? Adakah Maira telah curang dengan tunangnya sendiri? Ohhh… macam tak sesuai aje! Baginya, Fatah tetap segala-galanya. Gun hanyalah sesuatu yang belum pasti.

Adakah Gun telah berjaya membuatkan hati Maira berubah arah? Adakah hati Gun juga berjaya ditawan oleh Maira, seorang gadis yang penuh persona dan sentiasa dapat memikat mana-mana lelaki yang memandangnya? Dan adakah Fatah akan menerima semua itu dengan hati yang terbuka tanpa mahu mempertahankan cintanya terhadap Maira?

“It’s true, my lovely hubby. You are the most handsome guy that I have ever meet. Mata yang memukau pandangan. Hidung yang macho. Bibir yang tersangatlah seksi. Dan janggut kambing yang very interesting!”


AJARKAN AKU SUBJEK CINTA

HARGA SEMENANJUNG: RM26
HARGA SABAH/SARAWAK: RM29

Sinopsis:

“Orang tak nak jadi yang pertama dalam hati awak... Sebab selalunya di setiap yang pertama tu ada kedua, dan pastinya akan disusuli dengan yang ketiga. I don’t want to be your number one. I want to be your only one. Can I?”

Pada mulanya, aku curiga juga dengan lelaki yang entah siapa, datang menyelamatkan aku, kemudian meminta nombor telefon mama aku! Mama pula boleh pula dengan mudah percayakan lelaki bernama Shark itu untuk berdating dengan aku.

“Fit nak minta tolong Mimi intipkan perempuan mana yang dah buatkan Abang Fiq jatuh hati.”

Alamak! Fitri tak tahu ke yang perempuan tu sebenarnya aku! Tapi bukan aku yang gila-gilakan laki dia, laki dia, si Fiqroul tu yang asyik mengejar aku kerana kata dia, dia tak mampu melupakan aku meskipun sudah berkahwin.

“Ya... Gilakan awak! Awak tak pernah nak layan saya selama ni.”

Huru hara hidup aku jadinya bila datang seorang lelaki yang mengaku telah lama jatuh cinta dengan aku dan telah mengenali aku sejak dulu. Amirul Hazim nekad untuk mendapatkan aku dengan menghantar mamanya untuk meminang aku!

“So Misha, seronok bercinta?”

Hadif merupakan seorang kawan yang sangat memahami dan boleh diajak bercerita. Bagi aku, dia boleh diharap untuk membantu aku menguruskan klinik gigi aku itu.

Dan kini… hari yang paling aku nanti-nantikan menjadi kenyataan. Saat aku bakal bergelar isteri kepada Shark, lelaki yang aku pilih untuk menjadi teman seumur hidupku. Adakah impian aku dan dia bakal menjadi nyata?

RINDU BUKAN MILIK KITA

HARGA SEMENANJUNG: RM26
HARGA SABAH/SARAWAK: RM29

Sinopsis:

“Ya, untuk pengetahuan semua wanita di luar sana, lelaki ini ialah milikku… ”

Walaupun pada asalnya dia bukan milik aku dan aku bukan milik dia namun telah tertulis di lohmahfuz bahawa jodoh aku ialah dia.

Aku dan dia ditakdirkan bertemu di tempat yang sama. Pertemuan yang menyebabkan dia harus menjaga aku atas amanah Izham dan aku harus menjaganya atas permintaan Adrianna. Disebabkan itu, bermulalah kisah antara aku dan dia. Kisah antara Izara dan Aril. Kisah yang kami cipta sendiri dengan bersyarat iaitu tiada siapa yang boleh tahu mengenai kisah kami ini!

Adakah benar aku mengkhianati kepercayaan Adrianna terhadapku?

“Entahlah Zara, Aril sekarang dah tak sama macam Aril yang aku kenal dulu. Kenapa, Zara? Aril ada perempuan lain ke kat London dulu? Atau ada sesuatu yang dia rahsiakan daripada aku?”

Adakah Aril juga turut bersalah kerana memilih rasa cinta terhadapku, berbanding persahabatannya bersama Izham?

“Aril, apa pendapat kau kalau aku masuk meminang Zara? Tapi dia macam tak bersedia saja. Bro, kat London dulu ada tak mana-mana lelaki yang rapat dengan dia kecuali kau?”

Aku tahu semuanya salah aku! Tapi aku tidak mampu menolak takdir. Nama Aril tidak mampu aku padam bahkan telah aku semat kukuh dalam hati ini.

Dan aku rasa… dan Aril juga rasa… sudah tiba masanya untuk kami berdua membongkarkannya.


BIASAN CINTA SEMALAM

HARGA SEMENANJUNG: RM23
HARGA SABAH/SARAWAK: RM26

Sinopsis:

“Namun hati ini sentiasa berkata... kerana engkau yang pertama dalam hati... siapalah aku untuk membenci.”

Kalau kata-kata cinta itu dilontarkan oleh Azrul suatu ketika dahulu, saat rasa cinta itu begitu mendalam, mungkin Melia akan menerimanya dengan hati yang penuh berbunga-bunga. Tapi tidak lagi sekarang… Hatinya sudah ditumbuhi rasa benci terhadap lelaki itu semenjak lelaki itu menghina kesucian perasaan cinta itu.

Dan kini, Melia bukan Melia yang dulu. Dendam yang disimpannya semenjak dikecewakan oleh Azrul, membuatkan Melia lebih senang mempermainkan perasaan insan bergelar lelaki. Untuk jatuh cinta, tidak ada lagi buat gadis cantik itu. Tapi sampai bila dia harus terus begitu?

Setelah bermacam-macam ‘si dia’ lakukan untuk mendapatkan tempat dalam hatinya, akhirnya Melia nekad untuk membuka pintu hati yang sekian lama tertutup.

“Terserahlah dekat awak, saya tak boleh menghalang awak. Lagipun saya sendiri masih tercari-cari siapa sebenarnya jodoh saya.”

“Mel, izinkan saya jadi calon jodoh awak.”

Apabila dia sudah bersedia untuk menerima lamaran daripada insan bernama lelaki, mengapa masih ada rasa ragu-ragu itu?

Adakah Tuhan sudah mentakdirkan Melia untuk terus bersendiri dan terus kecewa dek kisah semalam yang penuh keperitannya? Atau sebenarnya… akan hadir seseorang yang benar-benar akan membawanya mengecap kebahagiaan yang diinginkan?

“Itulah hakikat hati. Sejauh mana aku cuba lari, sekuat mana aku cuba menafi aku takkan mampu menipu diri sendiri.”


Jodoh Depan Mata

HARGA SEMENANJUNG: RM19
HARGA SABAH/SARAWAK: RM22

Syira asyik membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain sehingga dia merasakan dirinya serba kekurangan. Fadzli pula jenis yang suka menegur segala hal tentang Syira.

“Kenapa kau gelak kuat-kuat tadi? Macam hantu je aku dengar. Tak eloklah perempuan ketawa kuat-kuat.”
“Dah tu lawak, aku gelaklah. Ala, bukan kuat pun. Kau gelak lagi kuat.”
“Aku tak apa, aku lelaki. Kau tu perempuan. Jagalah adab tu sikit.”
“Eleh, apa fasal pulak kau nak jadi ustaz? Kau ni kenapa?”

Sorang kaki buli, sorang kaki melawan. Akibat selalu bergaduh, orang tua mereka pernah berseloroh hendak mengahwinkan mereka.
Kahwin? Mustahil. Bagi Syira, dia dengan Fadzli tak mungkin akan berkahwin. Apa barang kahwin sekampung. Nak juga dapat orang jauh.

Jodoh Depan Mata digarap secara santai dan bersahaja, tetapi berisi. Secara lembut, NUR SAFIYYAH mengajak kita supaya melakukan perubahan kerana Allah, bukan kerana manusia.


Air Mata Allisya

HARGA SEMENANJUNG: RM 28.90
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 31.90

SINOPSIS
Intan Allisya, begitu indah nama itu namun siapa sangka takdir gadis ini tidak seindah namanya. Masa kecilnya dilalui dengan penuh duka angkara orang yang bernama Datuk Mustapha. Ketika usianya masih muda, dia diuji dengan pemergiaan satu-satunya adik yang disayangi. Tidak cukup dengan itu, ayahnya pula menghilangkan diri. Allisya hilang arah. Namun, dia belajar untuk menerima hakikat itu.
Kehadiran Daniel Arief menjadikan hidupnya kembali berwarna-warni. Hati yang dahulunya rapuh menjadi kuat gara-gara cinta mereka. Perkahwinan yang disangka penamat kesedihan rupa-rupanya pisau yang menoreh kembali luka lamanya.
Tidak cukup dengan layanan buruk daripada ibu mentua, suami yang dahulu merupakan pelindung dan pencinta setianya pula berubah laku. Allisya buntu. Hatinya benar-benar terluka.
Malangnya, luka itu berubah menjadi dendam yang amat parah apabila mengetahui orang yang bertanggungjawab atas kematian adiknya ialah suaminya sendiri! Malah, dia menjadi yatim sebelum tiba masanya angkara bapa mentuanya. Adakah ini takdir yang tersurat dalam hidupnya?
Penderitaannya tidak berakhir di situ. Dia diuji lagi. Di saat hatinya nekad untuk meninggalkan Arief, dia disahkan hamil. Allisya bagaikan jatuh ditimpa tangga. Pujuk rayu Arief tidak dihiraukan malahan kebencian makin tepu dalam hati.
“Tak cukup lagi ke awak dah bunuh adik saya? Sekarang awak nak bunuh anak saya pulak? Saya benci awak!”
Arief pasrah. Dia sudah tidak terdaya. Apa lagi yang perlu dilakukan untuk mendapat secebis kemaafan daripada isterinya?
“Setelah abang fikir dalam-dalam baru abang sedar yang abang langsung tidak layak untuk sayang. Abang hanya buat sayang menderita. Selama hidup dengan abang, air mata sayang tak berhenti mengalir. Pergilah sayang, carilah kebahagiaanmu. Abang lepaskan sayang pergi..” Arief menangis hiba.
Adakah selepas ini air mata Allisya tidak akan menitis lagi?


KAU PEREMPUAN ITU

SEMENANJUNG : RM 34
SABAH / SARAWAK : RM 37

Sinopsis:-

Mengenali Arif Shah membuatkan hati Sarah kembali berdebar kencang selepas putus cinta dengan Ikram. Tatkala hati mula terpaut dengan kehadiran lelaki itu, hati Sarah kembali sakit apabila mendapat berita bahawa Arif Shah akan bertunang dengan Marliana.

Atas nasihat Tuan Ramlee dan Encik Sulaiman, Sarah berkahwin dengan Ari Aqashah, seorang lelaki yang sombong, bongkak dan ego. Tanpa diduga, selepas perkahwinan Sarah dengan Ari Aqashah, keluarga Sarah meninggalkannya dalam keadaan sangat menyedihkan. Dibenci suami dan ahli keluarga sendiri menjadikan Sarah keseorangan. Tidak pasti dengan perasaan sendiri dan pesanan-pesanan Arwah Encik Sulaiman menjadikan Sarah keliru apa yang harus dia lakukan.

Kehadiran Haikal mengelirukan Sarah. Siapa sebenarnya Haikal? Apakah sebenarnya hubungan Haikal
dengan Sarah? Kesabaran hati seorang isteri sekali lagi diduga dengan kehadiran Tasha yang mahu menuntut cinta Ari Aqashah. Adakah masih ada ruang kemaafan dalam hati Ari Aqashah untuk bekas teman wanitanya?

Adakah sikap keras Ari Aqashah akan dibalas dengan sikap keras kepala Sarah atau sebaliknya? Bagaimanakah Sarah menangani masalah rumah tangga yang tidak habis - habis menguji kesabarannya?

“Aku sedar aku bukan pilihan hatimu tetapi, aku yakin dengan jalan cerita yang Allah aturkan untuk aku.”

Maaf Jika Aku Tak Sempurna
SEMENANJUNG: RM 34.00
SABAH/SARAWAK: RM 37.00

Sinopsis:
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


THE UNSUNG HERO WIRA YANG TAK DIDENDANG

Semenanjung : RM38
Sabah/Sarawak : RM41

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya… ayat 5, Surah al Alaq

Kissing cousin?

Huh?!

Bagi Deraman tak berdosa.

Bagi Blackswan, sangat berdosa!

Sumbang mahram!

Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.

Sombong menonggek!

Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT,

sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya

reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur.

Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.

Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!

Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja.

Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.

Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula…

Maryam : “Hutang boleh?”

Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.”

“Apa bunganya?”

“Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.”

******

Riyaz : “Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.”

Maryam : “Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”



NOVEL TERBARU ACIK LANA....

SAAT HILANG CINTAMU
SEMENANJUNG : RM 35
SABAH / SARAWAK : RM 38


Sinopsis
Izzara Helina – Tujuh tahun hidup di negara orang, kini dia kembali dengan semangat baru. Biarpun hati masih terluka, masih tercalar, namun Izzara tetap cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan oleh pertemuan dengan seorang lelaki yang tinggal di kondo sebelah. Dan ya, ini bukan jiran mithali atau juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang suka membuat bising dan perasan handsome!

“Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk, paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please stop playing that stupid guitar, I nak tidur!”~ Izzara.

Dayyan Idraqi – Sudah terbiasa hidup dalam kemahsyuran dan populariti yang tinggi menggunung, ego di dada tiba-tiba saja tercalar apabila Izzara langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah gah mencipta nama di beberapa negara. Mana mungkin ada perempuan di sini tidak mengenali dia! Namun demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan daripada pengetahuan Izzara. Dia kini bukan lagi Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.

Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah pada satu peringkat hati mula saling jatuh cinta. Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka, Dayyan Idraqi sengsara, tidak ada sesiapa yang mengecap bahagia.

Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi memilih untuk berkorban. Tapi benarkah jalan yang dipilih ini tegak dan lurus? Jika benar mengapa hati Izzara masih terluka? Dan mengapa pula jiwa sendiri masih sakit dan menderita?


Kekasih Waktu

SEMENANJUNG : RM 25
SABAH / SARAWAK : RM 28

Mencintai itu seperti menjaga.

Menjaga agar tak ada luka. Menjaga agar tak ada kecewa.

Itulah yang Najaah buat untuk Zaynn yang dia cinta. Sungguhpun mereka suka bertikam-lidah tetapi dalam diam-diam dia tetap menatang hati Zaynn. Sayangnya, hanya ada Dian Zahra dalam hati Zaynn. Tidak terlintas untuk Zaynn jatuh kasih pada adik tirinya sendiri. Kalau jatuh kasihan itu adalah.

Kerana hakikat cinta itu damai.

Mendamaikan dua hati yang bertentangan.

“Cuba Najaah buka hati pada orang, tentu hidup Najaah lebih bermakna.”

“Umi dulu?”

“Umi doakan Najaah dapat jodoh dengan pemuda baik-baik.” Dr. Farhana ibu tirinya itu enggan bercerita tentang sejarah hati sendiri.

Hakikat cinta adalah dekat.

Mendekatkan setiap hati yang berjauhan.

13 tahun berlalu

Dr. Farhana selalu merasakan dia sudah berjaya mengikat hati suami seperti jalinan permaidani Kashmir: teguh dan kuat. Tetapi hati lelaki bukan begitu fitrahnya. Ada waktu-waktunya dia terlepas bebas bak layang-layang ditiup angin.

Siapa pun bersetuju yang rumah tangga itu seperti sehelai permaidani. Semakin lama semakin bernilai dan mahal. Kita tidak akan mudah-mudah membeli yang baharu kalau kita sudah memiliki sebidang yang cantik dan berharga di rumah.

Benarlah pepatah Arab berkata, perkahwinan itu pertemuan dua hati yang ada seribu perbezaan. Jadi, usah diungkit kalau kita tak serupa.


Tertulis di Hati

SEMENANJUNG : RM 20
SABAH / SARAWAK : RM 23

Fathiah sentiasa istimewa di hatinya. Lima tahun Aqil mendidik hatinya agar terus mencintai gadis itu, namun sepatah pun tidak pernah diluahkan. Akhirnya perpisahan menjauhkan jarak mereka. Masih adakah cintanya untuk Fathiah setelah dirinya kini bergelar suami orang?

Seingat Fathiah, dia tidak pernah membenci Aqil walaupun mereka tidak pernah berkawan seperti orang lain. Dia sering menjauhkan diri daripada Aqil kerana dia tidak suka digosipkan dengan lelaki itu. Namun, mengapa setelah pertemuan semula antara mereka, dia berasa kecewa dengan sejarah lalu? Adakah nama lelaki itu sudah tertulis di hatinya?

Dalam waktu dia mengubati hatinya dan cuba untuk menerima kehadiran lelaki lain dalam hidupnya, tiba-tiba hatinya diuji lagi dengan kejutan yang sukar untuk dia percaya. Mampukah dia menerima kenyataan itu?

Penulis seperti IMAN XARA tidak perlu diperkenalkan lagi. Kekuatan beliau dalam mengolah emosi watak kali ini terserlah lagi dalam naskhah terbaharu, Tertulis di Hati.


Demi Waktu Demi Nina

SEMENANJUNG : RM 20
SABAH / SARAWAK : RM 23

mata itu sedang mencari cinta, sedangkan cinta sudah berada di hadapannya

Din bukanlah manusia bodoh, namun dek rasa ingin tahu seorang remaja telah membuatkan dia terjerumus dalam kesesatan bertahun lamanya. Di Genting Sempah dia mengurung diri, mencari titik putih dalam hidupnya. Di sana dia bertemu dengan sesuatu yang merubah dirinya.

Kerana pernah rasa dikhianati, Nina menganggap cinta itu derita. Tapi dia tidak lokek untuk berkongsi rasa dengan mereka yang memerlukan. Dia bahagia apabila dapat membantu mereka walau hanya dengan kata-kata. Tanpa dia sedar, dia juga turut mengenali apa itu cinta daripada mereka.

Kesungguhan Nina memimpin Din keluar dari neraka ciptaannya membuka ruang-ruang kasih antara mereka. Cinta ternyata tidak mengenal hitam atau putih masa lalu. Mereka melakar impian untuk membina hidup bersama. Meski begitu, adakah percaturan hidup menyebelahi kisah kasih antara Din dan Nina?

kadangkala, perasaan yang hadir tidak memerlukan sebab dan jawapan

Tergolek Hatiku Kerana Kamu

SEMENANJUNG : RM 27
SABAH /SARAWAK :RM 30

Kehilangan insan tersayang telah mengubah episod hidupnya. Daripada gembira berfoya-foya dengan harta yang tidak akan luak hingga ke anak cucu, bertukar menjadi punca utama nyawanya diburu.

Kehadiran Israr dalam hidup Tengku Kiesha Kalila telah menyemai cinta baru. Namun status suami isteri antara Tengku Kiesha dengan pengawal peribadinya, gagal disahihkan. Tengku Budriz mengambil kesempatan dalam kesempitan Tengku Kiesha.

“Kenapa tenung abang macam tu? Kiesha kena ingat Kiesha masih berpuasa. Jangan nanti terbatal puasa sedangkan tak sampai sejam lagi nak berbuka. Abang ni tak apalah sebab tak puasa.” Israr

Raja Azrin yang telah meragut kesucian dirinya kembali menjilat ludah sendiri, dan berharap Tengku Kiesha akan menjadi pengganti suri hidupnya.

“I cuma bagi you peluang yang you dah terlepas. Terima je, Kiesha. Bukan ke you cintakan 1?” Raja Azrin

Tengku Kiesha dipaksa bernikah dengan Tengku Budriz, dan kelemahan yang ditonjolkan merupakan perangkap untuk Tengku Budriz dan bondanya.

“Riz, dah gila ke? Sebulan mana lepas edah Kiesha lagi. Tu pun kalau betul suami Kiesha meninggal dunia. Kalau bukan, Kiesha haram dinikahi.” Tengku Kiesha

“Walau berjuta you nak bayar, I tak akan lepaskan Kiesha. Sekali I dapat dia, selamanya dia akan bersama I.” Tengku Budriz

Adakah mereka benar-benar ingin memiliki Tengku Kiesha? Atau sekadar suatu rebutan yang menjulang juara?