KAU JELITA
SEMENANJUNG : RM 26
SABAH / SARAWAK : RM 29
Kata Nisa, dia tak cantik. Tapi kata orang, cantik tu subjektif, tak
sama mengikut mata pemiliknya. Hidupnya biasa-biasa saja, pergi kerja
balik kerja naik kenderaan awam. Tapi gara-gara dia diminta oleh bosnya
yang macho itu bancuh air kopi, hidupnya berubah 360 darjah. Terbalik
macam kura-kura tergolek! Semuanya dek kerana air kopi yang dibancuh
dengan penuh kasih sayang dan disertakan jampi serapah itu telah
tersalah ‘sasaran’. Peliknya, dia bukan
jampi betul-betul pun. Jampi olok-olok saja tapi, nampak macam menjadi
pula.
Sebabnya... 1. Mamat yang terminum ‘air kopi jampinya’ itu mula
mengganggu hidupnya. 2. Nisa yang solo tiba-tiba menjadi ‘tunang’ mamat
tu tanpa dia sendiri tahu. 3. Dalam tak rela, Nisa terpaksa sign kontrak
OG a.k.a ‘ kontrak orang gaji’ pada mamat tu. Serius, dia trauma dengan
mamat tu. Tapi masa yang sama, bila tak nampak mamat tu, dia jadi
rindu. Mungkinkah jampi serapahnya terpantul pada diri sendiri? Lebih
parah lagi, masa yang sama juga, bosnya si Waqif yang macho kegilaan
ramai tu, tiba-tiba melamar dia untuk menjadi kekasih hati. Nisa jadi
pelik. Angin tak ada, ribut pun pakar kaji cuaca tak kata nak melanda
tiba-tiba ada yang tawar dia jadi awek. Jadinya, dia nak pilih siapa?
Waqif tu memang dia dah lama ‘idamkan’. Tapi, hati dia asyik teringat
mamat tu. Agak-agak, Nisa akan pilih siapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan