Selasa, 4 November 2014

Saya Kenal Sayang Saya!
SEMENANJUNG : RM 24
SABAH / SARAWAK : RM 27

Segalanya bermula apabila Fakhri Wafiy yang dipaksa membuat part time di restoran abangnya bertembung dengan

Nurul Damia semasa gadis itu kalut untuk masuk ke Restoran Seri Puteri. Pertembungan itu menyebabkan topi cef milik

Damia terjatuh ke dalam baldi yang berisi air bekas mop lantai. Oh, sadis sungguh apab!ila melihat topi putihnya itu sedang

berenang-renang di dalam air kotor. “Sebagai homework kau, aku nak kau bawa balik rumah topi tu basuh bersih-bersih,

faham?! Jangan lupa letak Downy sekali. Kalau tak ada Downy, Softlan pun boleh. Yang penting, wangi!” - NURUL DAMIA

“Tapi apa pasal pula saya yang kena basuh? Saya memanglah pembantu Cik Damia tapi bukan orang gaji Cik Damia pun.” - FAKHRI WAFIY

Nurul Damia, seorang cef yang sudah lama menyimpan perasaan cinta untuk bosnya di restoran tempat dia bekerja, Fahim Rayyan.

Rancangan untuk menggantikan tempat bakal tunang Fahim mengubah hidupnya seratus peratus apabila dia bertunang dengan Fahim

tapi kahwin dengan Fakhri! Apa kes ni? Walaupun mereka sudah disatukan, namun kehidupan mereka tetap tidak berubah. Seperti anjing

dan kucing, sehari tidak bertekak, tidak sah! Namun, siapa sangka, dalam diam perasaan cinta dan sayang Damai mula teguh untuk si suami.

Manakala bagi Fakhri pula, si isteri ini adalah cinta pertama dan terakhir buat dirinya. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah.

Fakhri Wafiy bagaikan hilang nyawa apabila mendapat tahu sebuah rahsia yang selama ini kukuh dalam pengetahuan mamanya.

Dia reda. Kalau dahulu untuk mendapatkan gadis itu, dia yang mencipta rancangan. Dan sekarang untuk membuang gadis itu,

dia juga yang terpaksa membuat aturan. “Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi, faham?! Aku harap kau fahamlah

bahasa mudah yang aku guna ni. Aku benci tengok muka kau.

Aku malu ada isteri yang lebih tua dan langsung tak menarik macam kau ni, Nurul Damia!” - FAKHRI WAFIY

“Fakhri... Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak curi hati saya sedangkan pada masa yang sama awak akan lukakannya?

Kenapa buat saya sayang awak? Kenapa buat saya cinta awak? Kenapa buat saya kenal awak?

Kenapa Fakhri? Kenapa?!” - NURUL DAMIA

Rahsia apa pula yang disembunyikan oleh mama Fakhri? Bagaimana pula dengan cinta Damia yang baru bercambah buat Fakhri? Semuanya dalam

Saya Kenal Sayang Sayang!
Suamiku Paling Sweet
 SEMENANJUNG : RM 29
SABAH / SARAWAK : RM 32


“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama,
Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS 
Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.
Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.
Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya
pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.
“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA
“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz.
Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.
Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya.
Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk
Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia
yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan.
Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

KAU JELITA
SEMENANJUNG : RM 26
SABAH / SARAWAK : RM 29
Kata Nisa, dia tak cantik. Tapi kata orang, cantik tu subjektif, tak sama mengikut mata pemiliknya. Hidupnya biasa-biasa saja, pergi kerja balik kerja naik kenderaan awam. Tapi gara-gara dia diminta oleh bosnya yang macho itu bancuh air kopi, hidupnya berubah 360 darjah. Terbalik macam kura-kura tergolek! Semuanya dek kerana air kopi yang dibancuh dengan penuh kasih sayang dan disertakan jampi serapah itu telah tersalah ‘sasaran’. Peliknya, dia bukan jampi betul-betul pun. Jampi olok-olok saja tapi, nampak macam menjadi pula.
Sebabnya... 1. Mamat yang terminum ‘air kopi jampinya’ itu mula mengganggu hidupnya. 2. Nisa yang solo tiba-tiba menjadi ‘tunang’ mamat tu tanpa dia sendiri tahu. 3. Dalam tak rela, Nisa terpaksa sign kontrak OG a.k.a ‘ kontrak orang gaji’ pada mamat tu. Serius, dia trauma dengan mamat tu. Tapi masa yang sama, bila tak nampak mamat tu, dia jadi rindu. Mungkinkah jampi serapahnya terpantul pada diri sendiri? Lebih parah lagi, masa yang sama juga, bosnya si Waqif yang macho kegilaan ramai tu, tiba-tiba melamar dia untuk menjadi kekasih hati. Nisa jadi pelik. Angin tak ada, ribut pun pakar kaji cuaca tak kata nak melanda tiba-tiba ada yang tawar dia jadi awek. Jadinya, dia nak pilih siapa? Waqif tu memang dia dah lama ‘idamkan’. Tapi, hati dia asyik teringat mamat tu. Agak-agak, Nisa akan pilih siapa?
AWAK SANGAT NAKAL!
SEMENANJUNG : RM 22
SSABAH / SARAWAK : RM 25
Sinopsis:
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.
“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.
Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”
Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!
BUKAN MILIKKU JADI MILIKKU
SEMENANJUNG : RM 31
SABAH / SARAWAK : RM 34
Sinopsis:
“Kalau abang sudi, jadi yang halal untuk Siti. Tapi Siti dapat agak jawapan abang. Tak mungkin abang akan jadi yang halal pada Siti. Siti tak layak untuk abang...”
Eshaq Hakimi bukan tak sayangkan Siti Shafura. Tapi peristiwa daripada pertemuan pertama mereka yang telah menyebabkan Eshaq Hakimi bagai berdendam dengan gadis yang sopan dan sangat memelihara agamanya itu. Dia tak pernah menyangka akan bertemu dengan gadis itu sekali lagi, lebih-lebih lagi perasaan marahnya masih belum reda.
Siti Shafura juga tidak menyangka, mereka akan dipertemukan lagi dan tak hairanlah jika lelaki itu masih cam wajahnya dek kesalahan yang dilakukannya tempoh hari. Tapi memang tidak adakah ruang kemaafan untuknya walaupun dia berusaha untuk menebusnya?
Dan kerana hutang yang belum diganti itulah yang menyebabkan Siti Shafura akur dengan setiap permintaan lelaki itu.
Siapa sangka, dalam diam ada bunga yang mekar dalam hati lelaki itu. Tapi dek rasa takut selepas dikecewakan, dia cuba menidakkan perasaan itu. Namun takdir juga bagai mengerti dan jodoh mereka bagai telah tertulis apabila Siti Shafura meminta dirinya dinikahi oleh lelaki itu dengan harapan lelaki itu akan menjadi haknya yang halal.
“Aku setuju nikah dengan kau, tapi aku ada syarat aku sendiri.”
Syarat? Adakah Siti Shafura akan menerima syarat itu dengan hati yang terbuka padahal seorang wanita yang bergelar isteri haruslah menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap suaminya sendiri? Kerana syurga seorang isteri itu mudah diperoleh jika taat dan patuh kepada si suami.
Kini, hubungan yang masih baru terjalin, tambah rumit apabila datang Datin Julia yang menuntut janji yang dibuatnya dengan Eshaq Hakimi. Saat lelaki itu hendak ‘cuci tangan’, banyak halangan yang terpaksa ditempuhinya. Semuanya demi insan yang mula mendapat tempat dalam hidupnya.
“Orang yang dah bertaubat nasuha, takkan ulang dan takkan buat lagi benda-benda yang dia nak tinggalkan tu...”
Mampukah Eshaq Hakimi melawan segala dugaan yang datang untuk kembali ke jalan-Nya? Dan adakah mudah untuk Siti Shafura menerima kenyataan tentang kisah lampau suami yang dicintainya?
“Terima kasih sebab kau sudi jadi isteri aku. Aku takut kau pergi dari aku.”
“Selagi memang dah tertulis jodoh tu milik kita, walau apa pun jadi, Siti tetap jodoh abang... Insya-Allah...”

Isnin, 3 November 2014

CINTA MASAM MANIS
SEMENANJUNG : RM 30.90
SABAH / SARAWAK : RM 33.90
Sinopsis
Kebahagiaan rumahtangga Feeda dan Johan sunyi bila ditakdirkan mereka tidak dikurniakan cahayamata. Kehidupan Feeda dan Johan bertambah kacau bilau apabila ibu Johan, Puan Sally mula mengatur rancangan untuk menjodohkan Johan dengan anak sepupu kesayangannya Arissya dengan alasan untuk memperolehi zuriat.
“ Ary? Ary lagi yang call? Siapa Ary ni sebenarnya? Aku cukup kenal ringtone telefon ni. Lagu Shae, penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu ‘Sayang’. Ish! Tak boleh jadi ni,” getus Feeda.
Adoi! Kepala Johan makin sesak dan serabut apabila ibunya terus mendesak dia untuk berkahwin lain. Bermadu? Bolehkah isterinya menerimanya? Arissya yang tidak pernah kenal erti putus asa terus juga mencuba untuk memikat hati Johan.
“ Nak siasat apalagi, Johan. Dah terang tak kan nak bersuluh lagi. Terang-terang muka kau kat dalam video tu, kau tak nak mengaku lagi. Mama pun tak sangka kau sanggup buat perkara maksiat tu.Kalau betul-betul kau nak kan Risya tu, bagitahu mama”.
Segalanya akan terbongkar jika Johan tidak menunaikan janji yang telah dibuat dengan Arissya. Dalam masa yang sama hubungan Feeda dan Yani semakin tegang.
“ Kalau jadi apa-apa pada Yani, abang tak akan maafkan ayang…tak akan.” Perlahan suara Johan tapi cukup menikam lumat hati Feeda.
Cinta Masam Manis bagaikan rencah kehidupan dalam menggapai bahagia. Namun, mampukah dia bertahan? Mampukah dia bersabar? Perlahan-lahan air mata mengalir di celahan pelupuk matanya.
Novel Adaptasi ke Drama "Pergilah Air Mata".....Stok Ready
SEMENANJUNG : RM 28
SABAH / SARAWAK : RM 31



Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Rabu, 22 Oktober 2014

Raudhah
SEMENANJUNG : RM 25
SABAH / SARAWAK : RM 28

Sinopsis
JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati!

Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’
Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?
RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.
Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan.
Genius Dari Syurga
SEMENANJUNG : RM 12.90
SABAH / SARAWAK : RM 15.90


Sinopsis
MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai ''''kelainan'''' anak ini yang akhirnya disahkan autistik. Pasrah! Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain.

Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya? Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini?
Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan.
Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih sayang. Belajar akan kekurangannya sambil berusaha membantunya sehabis daya. Saban hari, aku tidak putus-putus berdoa agar diberi petunjuk untuk mendidik Rizqy. Aku tahu, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan bantuan ALLAH SWT.
Benar, anak-anak ini luar biasa. Oleh kerana itu, mereka mengharapkan usaha dan doa yang luar biasa juga. Percayalah… jika kita pandang mereka berbeza, kita sebenarnya sudah melahirkan GENIUS DARI SYURGA.
Mawar Putih Buatmu

SEMENANJUNG : RM 21
SABAH / SARAWAK : RM 24


Sinopsis
Insiden tertumpah air antara Indra Faris dan Mawar Irdina mencipta pertemuan dan perkenalan. Sepuluh kuntum mawar putih daripada Faris sebagai tanda maaf. Namun, pemberian itu hanya dipandang sepi.

Waktu terus berlalu. Faris dan Irdina bertemu kembali dalam situasi yang berbeza. Kalau dulu, Faris dianggap sengaja menjatuhkan maruahnya. Saat dia terhimpit, Faris pula yang menjadi hero dan meletakkan maruahnya di tempat tertinggi. Sejak itu, ada sesuatu yang bergetar di hatinya.
Dengan sekali lafaz, dia kini sudah menjadi isteri Faris. Tetapi, jodoh mereka sudah tersurat sentiasa dalam kepayahan. Di saat Irdina kelelahan, terdengar pesanan Ustazah Seri...
Bila dirundung duka, ingat pesan ALLAH, ‘la tahzan’ (jangan kamu bersedih, DIA ada).
Bila kembali ceria, ingatlah, ‘la taghtar’ (jangan terbuai, DIA masih menduga).
Jodoh Yang Kucari
SEMENANJUNG : RM 25
SABAH / SARAWAK : RM 28

Sinopsis
Cinta di awal remaja telah mengikat hati Suhailah pada Rusydi. Sayangnya lelaki itu berlaku curang menduakannya dengan gadis lain. Sejak itu, fokus Suhailah hanya pada karier hingga menjangkau usia 30an.

Dia pasrah bila sering dilabelkan sebagai andartu hingga takdir menemukannya semula dengan Rusydi. Lelaki itu memujuknya mahu kembali bermain cinta sedangkan statusnya adalah suami orang.
Sebagai isteri, Azura bertegas menghalang hasrat Rusydi itu. Dengan bantuan Sally yang terkenal dengan lagak Queen Control, misi ini dijalankan. Dalam kesungguhan Sally membantu kakak iparnya itu, dia akhirnya terpalit malu bila Syam, kekasihnya telah jatuh hati dengan Suhailah! Masalah makin kronik.
Bagi Suhailah, dia bukan perampas kekasih Sally dan bukan orang ketiga dalam rumah tangga Azura. Gelaran andartu bukan bermakna dia terdesak mencari calon suami. Tetapi perhitungan perlu dibuat! Seorang andartu sedia ‘berperang’ dengan seorang Queen Control serta isteri orang. Dua lawan satu! Nantikan keputusan perlawanan...
CINTA KITA SEMPOI
SEMENANJUNG : RM 23
SABAH / SARAWAK : RM 26
Sinopsis
SONIA, anak hartawan yang bekerja sebagai cleaner. Bekerja untuk meredakan tekanan dan mencari kebahagiaan yang telah lama hilang. Dalam diam, dia mula mencuri pandang pada bosnya yang berwajah sejuk tapi mahal dengan senyuman. Perasaannya kembali terisi. Tapi ikhlaskah lelaki itu menerima dirinya yang serba kekurangan itu?
JOE, lelaki hebat, baik dan prihatin. Dia ada segalanya, tapi hatinya kosong tanpa cinta. Tanpa diduga, kehadiran Sonia mula mewarnai hari-harinya. Di saat hatinya berlagu rindu, dia dikejutkan dengan berita yang mengejutkan.

Penipu! Akibat terlalu marah dan rasa diri tertipu, Joe menghalau Sonia jauh daripada hidupnya. Tapi lucunya, cakap tak serupa bikin. Bila Sonia menghilang, Joe jadi sasau. Sakit hatinya melilit hingga ke jantung bila Sonia didampingi lelaki yang lebih handsome dan bergaya.
Aduh, apa dia nak buat ni? Walau apa pun yang terjadi, Joe mesti menawan hati Sonia semula. Kalau tak, jiwa kacaulah hidupnya.
Pocong Balik Rumah

SEMENANJUNG : RM 23
SABAH / SARAWAK : RM 26

Sinopsis
Sebuah kampung yang dulunya aman dan damai tiba-tiba menjadi kalut dan kelam-kabut. Semuanya berpunca dari satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Kemunculan pocong secara tiba-tiba membuatkan ramai orang kampung yang diganggu. Sudahnya, orang-orang kampung mula tidak berani keluar rumah.

Kematian Cikgu Hussein dikaitkan dengan kemunculan pocong itu. Arwah dituduh orang kampung ‘membela’, menyebabkan hantu belaan itu mula mencari tuan baru setelah kematiannya. Malah pocong yang merayau-rayau itu juga merayu-rayu apabila menjumpai manusia.

Benarkah pocong itu adalah belaan arwah Cikgu Hussein? Mampukah penduduk kampung menangani kemunculan pocong itu? Kenapa pula pocong itu merayu-rayu?

Kahwin Tiga Kali

SEMENANJUNG : RM 25
SABAH / SARAWAK : RM 28

Sinopsis

Walau berkali-kali diri diuji, hati ini pasrah menerima ketentuan ILAHI.

KALAU dah jodoh, tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua. Begitulah diibaratkan dengan Farizan Natasha yang bertemu jodoh dengan Tengku Azman setelah kecewa diceraikan Shah Iskandar, suami tercinta. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia diduga untuk kali kedua. Tengku Azman pergi meninggalkan Farizan Natasha bersama Engku Nisha dan kandungan yang semakin membesar. Shah Iskandar pula mula menyesali kesilapan diri dan ingin menagih kasihnya kembali.

Darwish, lelaki yang dikenali hampir 25 tahun dahulu, pernah menjadi lelaki yang dicintai Farizan Natasha. Mereka berdua terpisah oleh peredaran masa. Di Terengganu, mereka berdua kembali bertemu. Siapakah yang akan memiliki cinta dan membahagiakan Farizan Natasha dan anak-anaknya?

“Buat masa ni, Sha tahulah abang sayangkan Sha. Tapi esok lusa manalah tahu kan kut-kut abang dah jumpa bidadari, terus tinggalkan Sha. Abang, Sha sayangkan abang dengan sepenuh hati. Janji dengan Sha yang abang takkan tinggalkan Sha ya.” - Farizan Natasha.

“Bila abang pandang wajah dia, abang terbayangkan Sha dan bila abang pandang wajah Sha, abang terbayangkan dia. Abang amat mencintai kedua-duanya, Sha.” – Shah Iskandar.

“Idea yang bagus tu. Kita ikut sunah nabi, perempuan pinang lelaki. I like!” - Tengku Azman.

“Maksud abang, kalau nanti kita bertemu semula dan kalau-kalau masa tu kita berdua belum kahwin, kita berdua kahwin ajelah.”
Suamiku Si Tuan Rumah!
SEMENANJUNG : RM 21
SABAH / SARAWAK : RM 24
Sinopsis
Adat berumah sewa, bila tuan rumah menghantar anak lelakinya tinggal di rumah banglo biru itu Nur Alia terpaksa mengalah. Semenjak Nadhir Fahmi tinggal di situ, perasaan Nur Alia asyik berdebar saja. Apatah lagi pandangan mata Nadhir Fahmi seakan sentiasa memerhatikannya.
Akibat salah faham, mereka terperangkap dalam ikatan perkahwinan di atas sebab yang memalukan. Segala-galanya bagai mimpi, baru sebentar bergelar bujang kini beristeri. Nadhir Fahmi rela, tidak bagi Nur Alia. Tapi Nadhir Fahmi yakin wanita itu untuknya.

“Ha! Seronoklah kamu dapat kahwin free. Aku pun tak tahulah kamu berdua ni, belajar tinggi-tinggi. Ilmu agama cukup, tapi buat kerja macam ni.” – Pak Karim
“Umi nak kamu teruskan perkahwinan kamu dengan Sofi. Dia gadis baik Mi. Keluarga mereka sudah lama kita kenal. Fahmi lelaki, kalau perkahwinan itu dibatalkan mungkin tidak memberi apa-apa kesan. Tapi bagaimana pula dengan keluarga Sofi. Selama umi di hospital, mereka melawat umi. Mereka tidak pernah berdendam dengan kita. Fahmi fikirkanlah”- Datin Ani
“Lia…please…Fahmi sayangkan Lia”- Nadhir Fahmi
“Awak katalah apa pun…awak kena ingat, keluarga awak belum tentu dapat terima saya Fahmi. Awak tahukan apa syarat ayah saya?”

Setitis Kasih Damia
SEMENANJUNG : RM 26.90
SABAH / SARAWAK : RM 29.90
Novel Setitis Kasih Darmia mengisahkan perjalanan hidup Darmia, seorang gadis kampung yang dibesarkan hanya dengan kasih sayang seorang ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu dijemput Ilahi. Darmia hampir menjadi mangsa kerakusan pakciknya sendiri lalu terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak rela... Setelah lafaz ijab kabul pada malam itu, bermulalah kehidupannya sebagai perempuan yang sering di keji, dihina dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya. Lelaki yang bergelar suami pula pergi meninggalkan Darmia kerana berasa maruahnya tercalar. Mujurlah masih ada Opah dan sepupunya Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia melebihi kasih sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa.
Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tak pernah padam. Rahsia yang tersimpan tidak boleh dibongkarkan.
Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak disakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia jauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang akan terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Hasliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak Tsunami yang meranapkan bumi Aceh.
Kerana dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus dinanti...

Isnin, 13 Oktober 2014


Dia ‘Si Katak Puru’
SEMENANJUNG : RM 25
SABAH / SARAWAK : RM 28

Sinopsis

Berkomunikasi melalui telefon, Ariana a.k.a Ria pada mulanya mempunyai persepsi buruk terhadap lelaki itu yang dipanggilnya ‘katak puru’. Tetapi setelah mengenali lelaki yang tidak diketahui wajahnya itu, Ariana berubah hati. Namun, segalanya berubah akibat satu kemalangan. Ariana menyalahkan diri, lalu dia tidak menghubungi Firdaus lagi.

Pertemuan semula di kedai makan meresahkan Ariana. Firdaus selalu mendekatinya, seakan-akan tahu dia menyimpan rahsia. Sudahlah Nazrul a.k.a Hitler, sepupu Firdaus merangkap bosnya asyik menuduh Ariana ada skandal dengan bapanya. Kemalangan ‘mentega kacang’ membuat Firdaus merangka idea gila. Diberitahunya semua orang mereka pasangan kekasih. Dan selagi Ariana tidak berterus-terang, mereka akan terus kekal dalam kepura-puraan itu. Adakah Ariana akan berterus-terang tentang identitinya sebagai Ria? Atau cinta pura-pura antara Firdaus dan Ariana akan terus kekal selamanya? Dan adakah Nazrul akan terus bermusuhan dengan Ariana, atau takdir yang berlainan sedang menanti mereka?

 
Pilihlah Aku
SEMENANJUNG : RM 28
SABAH / SARAWAK : RM 31

Sinopsis

Hidup Ainul Husna bertukar rentak selepas menyelamatkan Muhammad Fattah. Dia diburu dan setiap gerak-gerinya diperhatikan. Ainul Husna resah. Dia bukan artis popular. Bukan juga anak orang kaya. Dia hanyalah pekerja kedai kek kecil sahaja. Kemuncaknya, dia diculik hanya kerana mahu dihadiahkan dengan pelbagai jenis barangan berjenama. Dunia sudah jadi gila atau dia sebenarnya yang sudah gila?
Sangka Muhammad Fattah, jiwanya kembali tenang jika dia membalas budi Ainul Husna. Tetapi lain pula yang berlaku. Jiwanya semakin tidak tenteram. Hadiah-hadiah daripadanya ditolak tanpa banyak bicara. Ternyata dia silap perkiraan. Ainul Husna berbeza dengan gadis yang selalu mendampinginya.
Tanpa sedar, niatnya untuk membalas jasa baik Ainul Husna sudah bertukar haluan. Dan sekarang, dia nekad mahu merebut sekeping hati milik gadis itu. Dia tidak peduli jika gadis itu menolaknya. Sekali dirinya ditolak, berkali-kali dia sanggup mencubanya.
Ainul Husna pula semakin buntu. Apa yang harus dilakukan agar Muhammad Fattah tidak terus mendekati dirinya yang sudah bergelar tunangan orang? Siapa pilihan Ainul Husna? Tetap setia pada tunangnya ataupun cintanya akan beralih arah pada Muhammad Fattah yang keras kepala dan mempunyai kekasih keliling pinggang?

 
Sayangku Cik Tiramisu
SEMENANJUNG : RM 25
SABAH / SARAWAK : RM 28

Sinopsis

19 tahun. Itu tempoh yang diberikan Faiz kepada Intan untuk mereka bertemu semula. Takdir ALLAH, Intan dan Faiz bersua kembali sebelum waktu yang dijanjikan. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Pertemuan pertama, mereka saling berebut dan berbohong untuk memiliki kek tiramisu! Sejak itu, entah kenapa makin terjadi-jadi pula pertemuan mereka. Ada sahaja insiden yang membawa pertengkaran.

Cukup 19 tahun waktu yang dijanjikan, masing-masing terkedu saat bertemu pandang. Dalam masih kebingungan, Faiz buat perangai gila. Waktu itu juga diluahkan lamarannya. Mahu tidak sewel sekejap otak Intan dibuatnya?

Sejak pertemuan itu, makin kerap Faiz memburu Intan. Balik-balik, Faiz ajak kahwin. Rimas pula Intan jadinya. Tapi kata bijak pandai, usaha tangga kejayaan. Akhirnya Intan menerima lamaran Faiz.

Masuk ke dalam keluarga mertua, dunia Intan tidak seindah dijangka. Jika ibu mertuanya bersikap A, ayah mertuanya pula berperangai B. Bertambah parah dengan si adik ipar yang berkelakuan C. Naik pening Intan jadinya.

 
PEWARIS TAKHTA CINTA
SEMENANJUNG : RM 25
SABAH / SARAWAK : RM 28

Kerana cinta papanya, Tan Sri Syed Umar yang tidak kesampaian, SYED ARYAN HAIDAR menjadi galang ganti. Dia mengahwini WAFIYA KHADEEJA hanya untuk memenuhi permintaan terakhir papanya demi menyambung sebuah cinta yang terhalang suatu ketika dulu. Nak kata benci, dia tak rela untuk melepaskan gadis itu pergi. Nak kata sayang, Syed Aryan tidak kesah apabila mamanya memperlakukan gadis itu seperti bola. Kerana menjunjung amanah yang diberi, Wafiya didera mental dan fizikal.

“Perempuan macam kau tak layak mendapat hormat aku. Dan kau tak boleh jatuh cinta dekat mana-mana lelaki termasuk Muzamil dan Haq. Kalau aku nampak kau dengan mana-mana lelaki, tahulah nasib kau.” - SYED ARYAN HAIDAR

“Baiklah. Saya takkan jatuh cinta dengan sesiapa pun termasuk tuan.” - WAFIYA KHADEEJA

Namun, masa berlalu dengan pantas. Rasa yang mula mekar dalam hatinya menyebabkan Syed Aryan tidak sanggup berpisah dengan gadis itu. Tetapi dendam Puan Sri Sharifah Mastura menghalang rasa itu. Dek tidak sanggup melihat isterinya menjadi mangsa dendam mamanya, Syed Aryan terpaksa berkorban. Ya, berkorban meskipun dia terpaksa menerima kebencian gadis itu!

“Abang tahu Fiya banyak terluka dengan apa yang berlaku. Tapi percayalah sayang, apa yang abang buat adalah untuk Fiya...” - SYED ARYAN HAIDAR

“Lepas tuan dapat apa yang tuan nak, tuan tinggalkan saya seorang diri. Tuan biarkan saya kena halau macam kucing kurap dengan Puan Sri. Itu yang tuan kata tuan lakukan semuanya untuk saya?! Sudahlah, Tuan Ary. Kisah kita dah tamat. Tuan baliklah ke dunia tuan. Jangan ganggu saya lagi.” - WAFIYA KHADEEJA

Mereka disatukan kerana harta, mereka berpisah kerana cinta. Mampukah Syed Aryan meraih kembali cinta Wafiya? Janji Syed Aryan tidak akan pernah berubah meskipun dia harus membuat satu pilihan yang sukar... Menjadi pewaris cinta ataupun pewaris harta?

 
SAYANG TAK DIKENANG
SEMENANJUNG : RM 27
SABAH / SARAWAK : RM 30

Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan AYU IZZHANI dan RAQIB. Tidak semena-mena Ayu menjadi „tunang‟ sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh CAMELIA.

“Listen, I’m so sorry sebab babitkan awak dalam hal ni. Tapi saya dah tak ada idea lagi... Saya dah tak ada idea nak elakkan diri saya daripada bertunang dengan dia...” – Raqib.

“Sepatutnya awak tak boleh babitkan saya macam tu aje. Macam mana kalau lepas ni dia serang saya?” – Ayu Izzhani.

“Saya kan ada... Awak jangan risau...” – Raqib.

Namun pada saat Ayu berjumpa dengan „tunangan‟nya itu, sahabat sejatinya, HATTIN juga bertemu dengan pilihan hati, TAFZANI setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.

“I nak tanya you satu soalan boleh tak?” – Tafzani.

“Soalan apa? Kalau tak penting, tak perlulah tanya.” – Hattin.

“You dah berpunya ke?” – Tafzani.

“Kenapa you nak tahu sangat?” – Hattin.

“Saja-saja... manalah tahu kalau-kalau I boleh masuk line ke?”

Dan musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis!
Pada masa yang sama, ERICK yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan

Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin. Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?

 
MY OPPA MR. CAPPUCCINO
SEMENANJUNG : RM 24
SABAH / SARAWAK : RM 27

“Siapa tuan awak? Dia tu?” Khausar menjuih kepada Istifan yang masih berdiri di halaman.
“Yalah. Siapa awak?”
“Takkanlah saya yang perempuan ni mampu nak mengapa-apakan tuan awak tu.”
“Kalau orang tanya tu jawab ajelah.” Seorang lelaki mencelah.
“Dahlah, Patrick. Tak ada apa-apa pun. Biarkan dia pergi, Jeremy.” Istifan memberikan arahan.
“Patrick?” Khausar terkejut. Sekali lagi dia tidak dapat membendung ketawanya.
“Hei! Tak betul ke, hah?” Patrick yang terasa malu menyergah
“Muka macam ni Patrick? Lainlah kalau muka mat salih.” Khausar terus melangkah dengan tawanya yang masih bersisa.
“Nama saya bukan Patrick tau.” Patrick menjelaskan. “Tu nama samaran aje.” Dia menambah.
“Bukan urusan saya pun.” Khausar membalas sambil menjeling.
“Kalau ini Patrick, yang tu?” Patrick memuncungkan mulutnya kepada Istifan.
“Spongeboblah kut!” Khausar ketawa dengan jawapannya sendiri.
Patrick yang mendengar turut ketawa. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya dengan keletah gadis itu. Lagak gadis ini seperti dia tidak mengenali siapa Istifan.

 
CIK SENANDUNG ENCIK ARTIS
SEMENANJUNG : RM 26
SABAH / SARAWAK : RM 29

“Buta warna punya lelaki. Warna coklat gelap dengan warna hitam pun kau tak reti beza! Hisy! Kalaulah aku tahu kau ni lelaki yang biadab macam ni, dari dulu lagi aku tak hingin nak minat dekat kau tahu!”

Daripada minat, terus jadi tak minat. Usikan nakal Aiman Darwish, pelakon terkenal juga top three most eligible bachelors dekat Malaysia buat dia hilang rasa suka dan kagumnya kepada lelaki itu. Panggil dia hitam siapa suruh?!

“Aku nak jadi boyfriend kau.” - Aiman Darwish.
“Sorrylah, aku tak berminat nak jadi girlfriend kau.” - Ain.

Memang Aiman Darwish tak dapat terima penolakan tersebut. Dia ada rupa, ada nama, ada harta. Jadi, kenapa Ain yang tak ada apa-apa, berkulit gelap macam Dayang Senandung dan err... kecuali matanya yang cantik tu, boleh tolak dia? Rasa maruahnya tercabar pula. Tambah bila Ain menggelarnya narcissist, lagilah dia sakit hati bila dah Google dan faham maknanya!

Cabaran main-main Amir Harith, abangnya, terus Aiman Darwish anggap serius. Dia nekad nak kenakan Ain dengan pura-pura suka dekat gadis itu kemudian lepas Ain jatuh hati kepada dia, dia akan tinggalkan Ain. Biar Cik Senandung tu rasa! Cumanya, apa jadi bila pelannya backfired? Dia pula yang lebih dulu jatuh hati sama Cik Senandung, lebih dulu luah perasaan kepada Cik Senandung, sedang dia... Encik Artis kut!

TAK SENGAJA CINTA
SEMENANJUNG : RM 26
SABAH / SARAWAK : RM 29

Sanjana mempunyai segala-galanya yang diimpikan oleh seorang gadis yang seusia dengannya. Keluarga yang penyayang, kerjaya yang kian maju dan kawan-kawan yang memahami dirinya. Namun, di sebalik itu terselit perasaan takut dan gelisah apabila dia diburu oleh si penghantar surat-surat misteri, sehinggalah keluarganya mengupah Shakti, seorang detektif polis yang kacak untuk menyiasat identiti si penghantar surat yang semakin bertambah obses terhadap Sanjana. Tanpa disedari, Sanjana jatuh cinta kepada Shakti dan berusaha untuk memikat hati si jejaka yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

“Saya cintakan awak. Awaklah lelaki pertama yang saya cintai. Dan awak juga akan menjadi lelaki terakhir dalam hidup saya. Hidup saya tak bermakna tanpa awak di sisi saya.” – Sanjana
Hati Sanjana retak seribu apabila Shakti menolak cintanya demi tanggungjawab. Sanjana tidak mengalah. Dia mencabar untuk buat Shakti jatuh cinta kepadanya. Namun, setiap cubaan Sanjana menemui kegagalan. Shakti terlalu jujur dalam tugasnya. Demi janji kepada papa dan abang-abang Sanjana, Shakti melupakan cinta yang tak sengaja berputik di hati sendiri. Dia adalah pelindung Sanjana, bukan pencinta!

Namun, melihat gadis kesayangannya hampir rapuh dengan lelaki misteri yang semakin mengejar Sanjana, Shakti akur bahawa hati telah tak sengaja cinta. Shakti akui perasaannya, menggembirakan hati Sanjana. Namun, ada hati yang lara dan sakit melihat bahagia yang baru bermula ini dan lelaki ini akan lakukan apa sahaja untuk pisahkan Sanjana daripada Shakti, demi cintanya yang membara.

“Abang bukan saja mencintaimu, tetapi abang mendambakan kasihmu. Abang akan pastikan kamu menjadi milik abang yang sah!”

Mampukah Sanjana bersama Shakti yang dicintainya? Mampukah pula Shakti merungkaikan misteri di sebalik surat-surat ugutan si obses itu?

Suamiku Encik Sotong
SEMENANJUNG : RM 25.90
SABAH / SARAWAK : RM 28.90


Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

 
BUKAN SEMENTARA
SEMENANJUNG : RM 23
SABAH / SARAWAK : RM 26
Sinopsis:

“Aku rasa aku dah jatuh cinta. Antara aku dengan Azura tu... aku lagi berhak ke atas suami aku.”

“Ini soal hati, Farisa. Kita baik macam malaikat sekali pun, kita cantik macam bidadari sekali pun, kalau hati tak suka, tak guna juga.”

Tapi aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Semenjak aku bergelar isteri kepada Afiq Qusyairi, aku Siti Farisa, telah berikrar bahawa perkahwinan ini bukan sementara.

Walaupun pada mulanya aku sanggup mengorbankan usia mudaku untuk lelaki itu semata-mata demi janji yang aku buat dengan Azura, namun setelah mendengar nasihat mak, aku nekad untuk memikat hati lelaki yang kugelarkan suami.

“Angah dengar ni nasihat mak, walaupun angah kahwin dengan Afiq bukan atas dasar cinta, tapi semailah cinta dalam hati angah, insya-Allah... suatu hari nanti, angah akan menjadi kecintaannya. Jadikan dia insan yang beruntung kerana memiliki angah.”

“Dalam rumah tangga tu ada pergaduhan tu, biasalah ngah. Tapi jangan sampai melarat. Maafkanlah kerana memaafkan itu akan membuatkan cinta dalam hati makin bersemi. Kalau si suami sedang marah dan berpaling muka dengan angah, jangan pancing amarahnya lagi. Angah kena pandai ambil hati suami tau.”

Baiklah, mak. Angah pasti tak akan sia-siakan setiap ajaran mak kepada angah. Angah relakan semua ni bukan saja sebab mak dan keselamatan adik-beradik perempuan angah, tapi angah juga mahu menjadi seorang isteri yang bakal mencium haruman syurga.

Tapi…benarkah aku tidak boleh mencintai suami aku sendiri, hanya disebabkan janji yang dah tak boleh aku mungkiri?

“Farisa... kenapa jadi macam ni? Jangan utamakan orang yang menjadikan kau pilihan. Tolonglah, Farisa. Kau tahu kan apa akibatnya kalau kau suka Abang Afiq. Kau tahu kan Abang Afiq hanya sukakan Kak Zura. Kau tahu kan semua tu?”

Tapi benarlah. Cinta itu pelik. Cinta itu memang ajaib. Kadangkala susah untuk memikirkannya. Begitu juga perasaan cinta yang dialami Farisa. Adakah cintanya akan berbalas? Dan layakkah Farisa dihukum atas kesalahannya yang memungkiri janji yang dulu berlaku antara Afiq, Azura, dan dia? Aku bukan isteri sementara Afiq Qusyairi. Bukan!

ZIKIR CINTA
SEMENANJUNG : RM 30
SABAH / SARAWAK : RM 33
“Kan aku dah cakap, aku cuma mahu lelaki kacak dan kaya. Budak kampung tu bukan taste aku.”
Daniel, dia hanya lelaki biasa. Anak seorang penjual kuih. Penghijrahannya selama tiga tahun ke kota Canberra telah mempertemukan dirinya dengan Cinta Aulia. Namun angkuhnya gadis itu dengan kekayaan yang dimiliki menjadikan dia tahu mencermin diri sendiri.
“Aku mengaku aku sukakan dia, tapi aku tak pernah berangan nak bersama dengan dia. Aku sedar yang status keluarga aku dan dia ibarat langit dengan bawah tanah.”
Cinta Aulia, dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang pedih luka hidupnya ketika zaman kanak-kanak. Peristiwa silam yang menjadikan dirinya seorang pendendam dan membenci lelaki. Tujuannya hanya satu; mahu lelaki tunduk dan patuh di kakinya!
Tiba-tiba Cinta Aulia meluahkan perasaan membuatkan Daniel begitu bahagia, menyangka gadis itu benar-benar ikhlas mengasihi dirinya. Namun tanpa sedar, perasaannya hanya dijadikan bahan gurauan dan dipijak-pijak bagai tidak berharga.
Namun lelaki yang dipermainkan dan dihina itulah yang akhirnya menjadi penyelamat maruahnya. Lelaki itulah yang membimbing dan menyedarkan dirinya daripada terus leka dengan permainan dunia. Saat Cinta Aulia mulai sedar dia telah menemui cintanya di dalam diri Daniel, Daniel sudah tidak sudi untuk menoleh kepadanya untuk kali yang kedua.
Tetapi takdir seakan-akan mempermainkan dirinya kerana sekali lagi takdir menemukan mereka di Malaysia. Dan Cinta Aulia yang kini dijumpainya bukan lagi Cinta Aulia yang dikenalinya sewaktu di Canberra dulu. Lalu… tekad Daniel akhirnya tewas dengan hatinya sendiri.
Siapa menyangka, pertemuan mereka pada kali ini menemukan mereka kepada kebenaran. Kebenaran yang menyebabkan perasaan antara dua insan itu tidak mendapat restu sekali gus membatalkan niat suci Daniel. Dan kini… setelah mereka mengetahui yang mereka tidak boleh bersatu, adakah masih ada ruang untuk Cinta Aulia mengecap kebahagiaan bersama lelaki bernama Daniel?
“Saya cintakan awak dan saya perlukan sokongan awak. As long as you’re with me, come what may... I know that I will be able to face it…”

Jumaat, 3 Oktober 2014

KAU PERGI JUA
SEMENANJUNG : RM 30
 SABAH / SARAWAK : RM 33

Cinta pertama Zuleesha Izara, si budak kecik yang disenangi ramai itu ialah Akil Aiman. Meski cinta mereka tidak pernah diungkapkan oleh bibir, cinta itu wujud bersama detak jantung mereka berdua.
 Akil Aiman tidak menyangka bahawa si penulis Blog “Jiwa Esha” yang sekian lama diikutinya itu ialah si polos Zuleesha. Gadis itu benar-benar telah mengubah pandangan hidupnya ke arah yang lebih baik.
 “Saya mulai ada rasa sayang pada Lesha. Lesha berikan saya satu semangat baru. Kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan. Saya tahu buat masa sekarang ni hati Lesha tak mampu menerima mana-mana lelaki lagi. Lesha ingin fokus pada pelajaran. Percayalah, saya akan tunggu masa yang sesuai untuk meluahkan rasa hati saya pada Lesha.” – Akil Aiman
 Tetapi, Akil hanya berdiam diri setelah menyambung master di Australia. Zuleesha khuatir bertepuk sebelah tangan, mungkin Akil sayang kepadanya tidak lebih sayang seorang abang terhadap adik.
 Jadi, keputusan diambil dan… “Abah, acik fikir kalau ada orang masuk meminang dalam masa terdekat ni dan abah rasa orang tu sesuai, abah terima ajelah.”
 Qada dan qadar tertulis, mualaf Kevin Yeong@ Amirul, abang angkat Zuleesha meminangnya. Zuleesha dengan reda menerimanya dan berusaha untuk menyerahkan sepenuh hatinya terhadap Amirul.
 “Lengkapkan diri jadi isteri abang yang soleh, ya. Abang cintakan Zuleesha Izara ketat-ketat.”
 “Saya tahu...”
 “Betul, Izara. Abang sangat, sangat, sangat sayangkan Izara.”
 “Saya tahu.”
 Atas kehebatan cintanya, Amirul telah berjaya memenangi hati Zuleesha. Kini memang dia akui dia cintakan Amirul walau saat terdengar nama Akil, jantungnya masih berdegup kencang.
 Suatu insiden tidak terduga berlaku pada hari perkahwinannya, Amirul kemalangan dan pergi dari hidup Zuleesha buat selama-lamanya. Kehilangan Amirul buat Zuleesha pasrah dan sendiri.
 Setelah dua tahun berlalu, muncul Akil dalam hidupnya membawa sebuah mesej cinta. Apakah setia Zuleesha masih pada Amirul saat cinta pertamanya kembali mengetuk hati?

ISTERI TAK DIJANGKA
SEMENANJUNG : RM 21
SABAH / SARAWAK : RM 24

ASMYALIANA ARIFFIN... Dia tidak sangka nasib hidupnya berubah dalam sekelip mata. Terpaksa berdepan dengan ujian, Mya reda menjadi umi dalam sekelip mata, menjadi isteri tak dijangka. Demi menjaga maruah diri, dia harus mengkhianati dan melukai hati seseorang
Atas alasan itu, Mya dan ZALIFF MOHAMMAD disatukan atas ugutan Mya sendiri setelah dirinya dino...dai lelaki itu. Biarpun sudah beristerikan NATRAH yang merupakan kakak angkat baik kepada Mya, pemikiran cetek Zaliff yang berlandaskan nafsu telah menyebabkan Mya dilanda kegelapan. FAZZY, si kekasih hati Zaliff pula menjadi penambah duka dan lara kepada isteri pertama Natrah dan Mya isteri kedua.
“Dalam sampul surat ini ada dua barang. Satu barang adalah laporan kesihatan aku dan yang kedua adalah CD rakaman pencerobohan kau ke dalam rumah aku. Kau tengok dan kau analisis dulu okey? Lepas itu baru kau buat keputusan sama ada kau nak kritik atau kau nak aku jadi juri?” – MYA
“Kau nak ugut aku?” – ZALIFF
“Aku tak ugut kau, tapi aku cuma nak ingatkan kau. Kalau aku buat laporan polis, agak-agak kau boleh hidup aman macam orang lain tak? Kau dapat tak kahwin dengan Fazzy?” – MYA
Itu cerita sebelum Zaliff menikahi Mya, selepas kahwin perasaan benci terhadap Zaliff mula menipis dan mula terdetik dalam hati Mya apabila layanan kasar Zaliff terhadapnya semakin berubah secara perlahan ke arah kebaikan. Namun, Mya sedar siapa dirinya kepada Zaliff.
“Helo, tak bermakna bila aku minta kau kahwin dengan aku, aku kena ikut semua cakap kau. Hak aku adalah milik aku. Rumah aku tidak ada sesiapa pun boleh masuk sesuka hati kecuali aku.” – MYA
“Aku suami kau. Walau apapun jadi, aku masih tetap suami kau, walaupun kita nikah dekat Songkhla tapi pernikahan kita sah. Aku dah daftar pun pernikahan kita dekat pejabat agama. Kau kena ingat Mya, reda aku sebagai suami syurgalah tempat kau, murka aku sebagai suami, neraka jahanamlah tempat kau. Kau pilih, mana yang kau nak check-in?” – ZALIFF
Menjadi isteri kedua yang tak dijangka? Bersambutkah cinta? Bertautkah jiwa yang selama ini menjadi Tembok Besar China dalam hatinya? Bagaimanakah pula nasib Natrah yang menderita memendam rasa? Akankah ada penghujung cerita cinta tak dijangka antara Zaliff dan Mya?
BERSATU SELAMANYA
SEMENANJUNG : RM 29
SABAH / SARAWAK : RM 32

Pertemuan pertama antara FAZRI dan FAZIRA terus memberi kesan dan terpahat kukuh dalam hati si teruna. Cukup untuk membuatkan si teruna menanam tekad untuk menyunting si dara menjadi suri dalam hatinya walaupun si dara langsung tidak mengendahkan kehadiran si teruna.
Namun bagi Fazira, kehadiran insan bergelar lelaki itu cuba dihindari walaupun hati mul...a menerima lelaki itu. Namun, jika sudah jodoh, Fazira tidak mampu menolaknya. Atas restu keluarga, mereka dijodohkan walaupun Fazira memberi seribu alasan agar lelaki tersebut tidak memilihnya sebagai isteri.
“Saya mahu perkahwinan kita... diteruskan. Kita tetap akan berkahwin.” - FAZRI
“Jangan mengarut… Awak dah lupa dengan apa yang pernah saya katakan pada hari tu? Awak tak takut menyesal lepas berkahwin dengan perempuan seperti saya?!” - FAZIRA
“Saya akan lebih menyesal kalau lepaskan awak pergi!” - FAZRI
Akhirnya, bahtera yang dibina tetap bersulam bahagia. Namun tidak sangka perkahwinan mereka benar-benar diuji dengan bermacam dugaan. Kemunculan orang ketiga umpama asid beracun, mengikis rasa cinta dan kepercayaan Fazira terhadap Fazri. Ditambah pula rahsia hitam yang cukup perit untuk diluahkan kepada Fazri.
“Macam mana nak pakai kalau bentuk badan tu hilang nanti? Helo?! Dah lama berkahwin, takkanlah tak faham-faham lagi. I’m sure bentuk badan tu hilang lepas your wife mengandung.” - ERIN
Sampai ke satu saat, berlaku satu insiden yang tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana wanita termasuklah Fazira. Disebabkan rasa kecewa yang tidak mampu dibendung, dia membawa diri dengan membawa hati yang lara. Dia reda andai itu yang terbaik bagi dirinya.
Bagi Fazri pula, kehilangan Fazira umpama kehilangan nyawa sendiri. Tekadnya cuma satu, membawa pulang isteri tercinta dan kembalikan cahaya cinta dalam rumah tangganya. Berjayakah Fazri? Dan apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Fazira?
Aku, Dia dan Stiletto
SEMENANJUNG : RM 33
SABAH / SARAWAK : RM 36

Sinopsis:
Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. P...adahal dia pun sama aje.
“Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF
“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA
Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
“Boleh tak kalau saya ke UK lepas kahwin?” - AULIA
“Pergilah ke hujung dunia mana pun yang you nak pergi asalkan tak ganggu hidup I dan Helly.” - ASHRAFF
“Awak tak kisah walaupun saya isteri awak?” - AULIA
“Oh, Aulia… Come on! You tahukan kenapa I nak kahwin dengan you dan you sendiri tahu kenapa you nak kahwin dengan I. Kalau bukan sebab budak dalam perut tu, you takkan kahwin dengan I.” - ASHRAFF
“Dan awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan Helinna.” - AULIA
“Yup! Brilliant! Kalau berjauhan dengan I buat you rasa happy dan tenang, pergilah.
Bila anak you dah lahir, bagi tahu I... I akan lepaskan you.” - ASHRAFF
Semudah inikah makna sebuah perkahwinan kepada Ashraff? Langsung tiada perasaan untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan?
“Kau nak bermadu dengan aku?” - HELINNA
“Kau sanggup? ” - AULIA
“Kalau kau madu aku, aku tak kesah sebab aku sayang dekat kau.” - HELINNA
Tegakah dia untuk bermadu dengan Helinna sedangkan dia telah merampas kekasih sahabat baiknya sendiri? Antara sahabat baik, maruah diri dan sebuah perkahwinan… Sungguh Aulia tersepit dengan apa yang dia akan lalui.
Apa hala tuju hubungannya dan Ashraff selepas Helinna mengetahui hal yang sebenarnya? Bagaimana pula dengan cinta yang baru hadir buat suaminya?

Rabu, 1 Oktober 2014

DUDE! I'M GETTING MARRIED
SEMENANJUNG : RM 29
SABAH / SARAWAK : RM 33

“Tak sangka rupanya kau bekas tunang aku. Jadi memang betullah kata Acik. Aku dah jatuh cinta dengan bekas tunang aku tanpa aku sedar…” - JAI
IKHWAN HARRIS a.k.a JAI, mencintai seorang gadis dalam diam namun cintanya terpaksa dilepaskan bila menyedari sahabat sendiri turut menyukai gadis yang sama. Rasa kecewa semakin parah bila mengetahui gadis itu ...adalah bekas tunangnya tujuh tahun dulu.
“Kau tahu tak..adik aku dah lama suka kau tapi kau tak pernah balas. Susah sangat ke nak bagi hati emas kau tu kepada dia?” - ACIK
DANIEL HAKIM a.k.a ACIK , sahabat Jai, kecewa bila segala rancangannya punah kerana sikap Jai yang tidak pernah menghiraukan perasaan adiknya yang selama ini menaruh hati pada Jai.
“Kalau rasa terpaksa, tak payah awak nak menipu diri sendiri. Saya faham kalau awak tak suka saya.” – KOCI
FARID a.k.a KOCI, tidak pernah serik dengan sikap berfoyanya dengan perempuan terutama perempuan cantik. Semua itu ada sebabnya. Dia pernah dihina oleh gadis yang diminati sejak zaman sekolah dulu. Sejak itu perempuan yang didekatinya dipermainkan untuk suka-suka. Namun, sikapnya mula berubah bila bertemu adik Acik.
JAI terpaksa menerima pilihan orang tuanya setelah kecewa. Pertunangan Koci putus di tengah jalan kerana kejadian memalukan. Acik putus kasih setelah gadis yang dicintai pergi buat selamanya dalam satu kemalangan yang sengaja dirancang menyebabkan adik kesayangannya hilang ingatan saat ingin dinikahkah.
Namun, takdir mengatasi segalanya. Perancangan Allah melebihi semuanya. Dapatkah mereka mengecapi nikmat hidup berumahtangga yang diredhai Allah? Bahagiakah Jai, Koci dan Acik menjalani kehidupan setelah apa yang berlaku?
BEB! AKHIRNYA AKU DILAMAR
SEMENANJUNG : RM 24
SABAH / SARAWAk ; RM 27

“Beb…kau sungguh bertuah. Aku jugaklah yang masih terkontang kanting. Mr. Baseball cap aku tu masih menjadi misteri. Sampai sekarang ni aku tak jumpa dia. Aku rindu la kat dia beb…”– FELISHA
FELISHA, gadis lincah yang meminati seorang senior yang digelar Mr. Baseball Cap sejak di universiti, tidak lagi pernah bersua sejak pulang ke tanahair. ...
““Itu mama jangan risau. Bila tiba masanya nanti, Riz akan jumpa juga dengan calon isteri Riz dan Riz akan kenalkan dengan mama.” – Haih….manalah Ms. Specky yang aku suka dulu tu. Sampai sekarang tak pernah jumpa lagi. Dah kena telan bumi agaknya..lenyap terus! Mana nak cari dia ni. - FARIZ

FARIZ, seorang jurutera berjaya, masih belum melupakan Ms. Specky. Gadis pertama yang telah mencuri hatinya sejak di alam pengajian tanpa gadis itu sedari. Sikap selamba dan tidak betah dengan hal perempuan menyebabkan rasa itu tidak pernah terluah sehingga kini. Siapa sangka, hati batu Fariz akhirnya menjadi cair. Dalam diam dia mencintai Felisha walaupun sering bertekak. Sejak bila...dia sendiri tidak pasti. Yang pasti, gadis itu mesti dimiliki.
“Betul ke awak nak nikah dengan saya?”
“Kenapa? Tak boleh?”
“Awak sendiri tahu kan. Awak tak suka saya dan saya tak suka awak. Jadi kenapa nak teruskan jugak?”
Ternyata semua itu bukan senang dan mudah. Banyak kejadian yang tak terduga hadir dalam hidup Felisha. Pengkhianatan dan dendam kesumat yang hampir-hampir meragut mahkota wanitanya!
Dapatkah Fariz bertemu semula Ms. Specky yang dicari selama ini? Berjayakan Felisha memiliki Mr. Baseball Cap?
 
AKU, DIA & SOMTAM
SEMENANJUNG : RM 32
SABAH / SARAWAK : RM 35

SINOPSIS
Pertemuan pertama di gerai somtam mengheret Anis dan Imran ke arah perkenalan yang tak diminta. Anis, gadis kampus yang menjadi penujal somtam di kampung bercita-cita ingin seorang peniaga yang berkaya....
“Sini ada somtam?”
Imran, anak orang berada yang sombong dan suak berfoya-foya begitu benci pada gadis bertudung disebabkab kekecewaannya dulu.
 

“Awak ingat dengan tudung baik sangatkah? Hipokrit!”
Namun, takdir menentukan segalanya. Anis dan Imran terpaksa bernikah kerana tindakan bodoh Imran sendiri. Lantas Imran membuat satu perjanjian dalam pernikahannya.
“Jika awak setuju atau dipaksa bersetuju, maka awak kena ikut syarat yang telah saya tetapkan”
Bermulalah kisah rumahtangga yang dibina atas dasar paksa dan terpaksa. Impian Anis untuk memiliki seorang suami yang boleh sama-sama menuju jalan ke syurga hancur berkecai walaupun Imran adalah insan pertama yang berjaya mencuri hatinya.
Perkenalan di alam maya tak sengaja antara Anis dan Jay telah membuka ruang untuk Anis mengenali lelaki itu yang mula kembali ke jalan Allah setelah lama hanyut dibawa arus dosa. Ciri yang dicari selama ini dari seorang lelaki. Anis nekad ingin berpisah dengan Imran dan menerima Jay.
Siapa Jay?
Siapa pula gadis idaman Imran? Semua persoalan menjadi teka-teki... sehinggalah...

Tasbih buat Aishah

SEMENANJUNG : RM 21
SABAH / SARAWAK : RM 24

Keputusan Aishah untuk berpurdah telah menimbulkan rasa tidak senang rakan sekampungnya, Ain. Pantang terserempak, pasti dia akan menjadi ‘bahan permainan’ Ain.
...
“Kau pakai macam ni, nanti orang akan tuduh kau sombong. Tak senyum pada orang. Kau nak macam tu?”
“Tak apalah kalau orang tuduh aku sombong. Insya-Allah, aku akan tegur orang yang aku kenal dengan salam.”
“Masalahnya, orang nampak ke kau senyum? Muka kau tu tertutup. Macam ninja!”
 
Suatu hari, ketika berlaku pergaduhan antara mereka, Alif muncul menyelamatkan Aishah. Saat itulah cinta antara Aishah dengan Alif mula berputik. Namun, pada masa yang sama, Ain juga telah jatuh cinta pandang pertama pada Alif.
Pelbagai cara dilakukan Ain untuk memisahkan Aishah daripada Alif, sehinggalah Aishah mengambil keputusan untuk menerima lamaran Firdaus. Namun, sebelum hari pernikahannya, dia didatangi seorang wanita yang mengaku isteri kepada Firdaus. Mampukah dia mencapai bahagia, sedangkan gelombang hidupnya tidak pernah berakhir?

Selepas Nasi Lemak Ikan Pekasam, kali ini AHMAD SAFARMAN tampil dengan gaya yang berbeza. Masih lagi ke arah memberi pengajaran kepada pembaca, Tasbih buat Aishah digarap secara lembut dan berhalus.
 BOSS, I LOVE YOU
 SEMENANJUNG : RM 36
SABAH / SARAWAK : RM 39

MANUSIA paling dibenci Pyqa adalah bosnya iaitu Farid. Kalau boleh, Pyqa mahu melempang bosnya berkali-kali sampai lelaki itu berpusing-pusing kepala. Setiap hari, bosnya selalu memberi arahan di luar kemampuan Pyqa sebagai seorang pekerja.
...
“Semakin dia memberikan tekanan, semakin aku membencinya. Tetapi kebencian itu adalah perkara yang mustahil untuk aku tidak menyukainya.”PYQA

Sebagai seorang yang lasak dan sering melakukan aktiviti mencabar, kehidupan Pyqa dipenuhi pengalaman yang sangat luas. Pernah dilanda kesedihan setelah gagal dalam percintaan bersama Fahmi membuatkan Pyqa menjadi matang.

“Syurga wanita bukan pada tubuh yang dimiliki. Tetapi adalah rasa sayang yang tidak dapat digambarkan, namun hanya dapat dirasai.” FAHMI

Kemesraan Pyqa dengan Syamil berjaya membuang segala kesengsaraan bekerja di bawah seliaan bos yang berperangai mengalahkan Israel.

“Cinta yang berkembang mesti daripada hati yang subur. Apabila anda berada jauh darinya, cinta itu akan melepas. Apabila anda mendekati, ianya bagaikan melarikan diri!” SYAMIL

Segala keperitan itu akhirnya berubah apabila bos paling dibenci Pyqa tiba-tiba menjadi seorang yang sangat baik. Kebaikan yang ditonjolkan oleh bosnya mengundang seribu satu persoalan di dalam hati Pyqa. Mengapa bosnya menjadi begitu? Hanya bos sahaja yang tahu!

“Sebagai bos di pejabat, pasti membuatkan orang yang anda suka membenci anda setiap hari.”FARID
 

My Wedding Agreement

SEMENANJUNG : RM 36
SABAH / SARAWAK : RM 39

CINTA abadi sangat diharapkan oleh setiap insan. Kebahagiaan dalam berumah tangga merupakan impian yang harus dicapai. Tetapi semua itu tidak diperolehi Aina. Hidup Aina bagaikan di dalam neraka. Setiap hari Aina dijamu penampar, penumbuk dan penendang Nazri.
...
“Jika diberi pilihan sama ada memilih kau atau pisau. Aku akan memilih pisau. Kemudian, pisau itu akan kupacak ke dadamu kerana rasa sayang sudah tidak mengalir lagi di dalam diriku.” NAZRI

Aina terpaksa juga mengharungi neraka itu disebabkan perjanjian perkahwinan yang telah dimaterai secara rahsia dengan Nazri. Perjanjian perkahwinan antara Aina dan Nazri wujud kerana kisah silam mereka berdua yang penuh kegelapan.

“Walaupun kita telah menemui cinta baharu, memori manis masa lalu akan terus memburu kita sepanjang hayat.” AINA

Pengalaman Aina bersama Faiz benar-benar mengusik jiwa. Faiz merupakan putera sempurna. Dia memberikan cinta dan kasih sayang yang sangat luar biasa kepada Aina. Namun, itu semua hanya tinggal sejarah.

“Muzik boleh berhenti. Tetapi hati saya tidak. Hati saya akan terus memainkan sebuah lagu, lagu itu berjudul ‘cinta sejati’.” FAIZ

Seorang mualaf hadir dalam diri Aina. Mualaf yang bernama Daniel itu bagaikan si penyelamat. Daniel sanggup menjadi benteng terakhir untuk mempertahankan Aina daripada terus menjadi mangsa Nazri. Semua itu dilakukan Daniel disebabkan rasa sayang yang mendalam. Tetapi, rasa sayang itu tidak dapat dicurahkan kerana Aina masih lagi berstatus isteri orang.

“Cinta membuatkan kita lebih bodoh dari kalangan yang bodoh. Kebodohan kita itu akhirnya menuju kemusnahan. Tetapi masih ada jalan untuk keluar dari kebodohan itu bagi mengelak kemusnahan berlaku.” DANIEL

Selasa, 30 September 2014

Muhasabah Cintaku
 Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26



MEMANG Haziq tak sangka yang dia akan bertemu lagi dengan Hajira, perempuan garang yang pernah menyerang sahabatnya, Syafiq di ofis itu dulu.
“Ops... Sorry, tak sengaja.”
“Awak ni kan… Memang sengaja nak langgar saya, kan? Saya tahulah saya ni handsome. Perempuan... memang macam tu la, nak dapatkan perhatian lelaki.”
“Eh, eh awak ni, saya dah minta maaf, kan? Awak handsome? Saya rasalah kan... kambing belakang rumah mak ngah saya lagi handsome kut. Dasar lelaki perasantan.”
Hajira juga mula kurang senang dengan Haziq. Asalnya dia bergaduh dengan Syafiq sahaja, tup-tup, Haziq juga masuk campur dengan tiba-tiba merenung dan menjeling dia tanda tak puas hati. Siapa yang tak sakit hati?
Atas niat jahat Syafiq yang berpaksikan dendam lama, rancangan rapi diatur. Dia mahu Hajira hidup sengsara bersama orang yang dia benci dan juga membencinya. Sasarannya… Haziq!
“Dia tu pantang sikit kalau jumpa orang kaya ni, lebih kurang macam perempuan pisau cukur.”– Syafiq
Kerana fitnah, dua manusia yang saling tidak menyukai itu disatukan. Maruah Hajira rabak saat tiada siapa pun mempercayainya. Haziq yang sedia diracuni dengan kata-kata Syafiq, langsung tidak memberi ruang kepada hatinya untuk mencintai Hajira. Otaknya seperti telah diprogram, Hajira hanya inginkan hartanya. Namun hatinya berkata… “Kalau Hajira tak seburuk yang disangkakan, pasti aku akan mencintainya sepenuh hati.”
Bagi Hajira pula, dia telah berjanji kepada diri yang dia akan cuba belajar mencintai Haziq walau tidak dihargai oleh Haziq. Dia mahu menjadi isteri yang solehah... Menjaga maruah agama.
Begitu nekadnya dia, namun akhirnya sabarnya yang menggunung, kasih yang tulus buat Haziq terpaksa dipendamkan apabila Maisarah, bekas tunang Haziq muncul…
“Hajira... Saya sanggup bermadu dengan awak. Saya betul-betul sayangkan Haziq. - Maisarah
Rupa-rupanya, dialah punca hubungan Haziq dan Maisarah terkubur. Maisarah dengan rela hati memohon menjadi isteri kedua. Lalu … Saat fitnah itu terungkai, Hajira telah pergi dan tiada siapa tahu di mana dia berada. Saat itu barulah Haziq mengetahui bahawa Hajira ialah pengasas kepada Vila Kasih dan Teratak Kasih. Mana mungkin insan semulia itu ingin mengikis hartanya.
Mungkinkah hati merindui Dia saat hati hampa dan kecewa? Ke manakah Hajira bermuhasabah cintanya kepada Ilahi?


 
SEMENANJUNG :RM 38.90
SABAH /SARAWAK :RM 41.90
 
SINOPSIS
Ellani dan Ellana, kembar seiras yg tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat2 muka kau dengan berus dawai! Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!
Zarul Zahran lelaki tampan yg berkerjaya sebagai seoang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya, Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yg hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Namun, demi kebahagiaan seorang yg telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.
Dendam yg berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani.Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani di seksa. Jiwanya merana.
"Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!
Hebat lelaki ini! Hanya melalu SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.
"Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah!. Kuatkan imanku menghadapi dugaan Mu ini! Raungnya.
Ellani..cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yg dijerit dalam hatinya.